Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Haruhisa Okamura ialah pengasas dan CEO syarikat Adways, salah sebuah syarikat teknologi di Jepun yang fokus kepada pengiklanan dalam talian. Syarikatnya mempunyai jaringannya sendiri, perkhidmatan internet dan permainan mudah alih. Kini syarikat Adways miliknya mempunyai seribu kakitangan di seluruh dunia dan merekodkan pendapatan melebihi 22.6 bilion yen tahun lalu.
Yang lebih menarik, Okamura merupakan antara pengasas termuda yang membangunkan syarikat di Jepun bermula dari 'kosong'. Ini kerana dia telah mula bekerja pada usia seawal 16 tahun. Merasakan dirinya cool dan hebat ketika di zaman sekolahnya, dia memutuskan untuk berhenti persekolahan dan bekerja sebagai jurujual dari rumah ke rumah sehingga menjadi jurujual terbaik di tempat kerjanya.
"Saya tidak dapat ramai kawan ketika di sekolah, jadi saya pilih untuk bekerja," katanya.
Pada tahun 2000, Jepun dilanda demam internet dan Okamura mula mengambil bahagian. Selepas banyak permohonan kerjanya ditolak, dia memutuskan untuk menubuhkan syarikat pemasarannya sendiri. Pada 2001, syarikatnya Adways memulakan perniagaannya. Dengan modal awal sejuta yen, dia menggunakan 300,000 yen untuk komputer dan selebihnya untuk membangunkan perisian pemasaran email. Untuk mencari orang yang boleh membangunkan perisiannya, dia ke kolej untuk mengedarkan risalah dan cuba meyakinkan pelajar untuk membina sistem yang diinginkannya.
Meskipun cubaan awalnya kurang berjaya, tetapi dia meneruskan dengan pergi ke universiti kejuruteraan dan melakukan perkara yang sama walaupun telah kehabisan modal. Akhirnya dia bertemu dengan Sanki Nishiguchi, seorang jurutera yang bersetuju untuk membantunya. Kini Sanki Nishiguchi menjadi CTO di syarikatnya.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment