MY FOLLOWERS

Sunday, August 31, 2014

Artikel - Akibat Suka SMS Ketika Memandu...

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 


Menaip sms ketika trafik memang membuatkan darah mendidih! Namun apa yang boleh dibuat untuk mengajar manusia ini yang meletakkan nyawa anda dalam bahaya? Brian Singer (artis dari San Francisco, bukan pengarah X-Men, ya... hahaha) telah membuat satu projek untuk memalukan golongan ini bagi menayangkan foto mereka ketika melakukan kesalahan tersebut di papan iklan, yang diambil daripada penumpang atau pejalan kaki yang menyaksikannya. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai akan bahaya perbuatan berkenaan dan mengubah sikap ketika di jalan raya. 

Selain ini, projek lain yang dijalankannya adalah melibatkan sosial seperti golongan yang tidak berumah akibat perang, projek kolaborasi bertajuk '1000 Journals Project' yang kemudiannya dikembangkan penerbitannya dalam bentuk buku dan dokumentari. TWIT (texting while in traffic) merupakan ideanya berdasarkan pemerhatiannya sebagai penumpang, memerhatikan pemanduan yang terganggu disebabkan sms. Setakat ini dia menggunakan wangnya sendiri untuk 11 papan iklan memaparkan foto yang diambilnya. Dia juga berharap akan ada pihak yang mahu mengelakkan insiden pemanduan yang terganggu sudi menaja projek yang dijalankannya, dan turut menggalakkan orang perseorangan menghantar foto berkaitan hal ini kepadanya demi untuk mengubah sikap suka menulis sms ketika memandu. Sehingga kini papan iklan kebanyakannya berukuran 10 x 20 kaki dan 10 x 40 kaki yang dipaparkan hanya memaparkan foto pemandu TWIT tanpa sebarang teks. 




Selain itu, Singer juga mendedahkan data yang menakutkan yang diperolehi daripada National Highway Traffic Safety Administration. Contohnya, 660,000 orang menggunakan telefon bimbit atau peralatan elektronik pada bila-bila masa ketika memandu di siang hari dan angka itu masih berterusan sejak 2010. Perbuatan menaip sms, mendail atau mencapai barangan ketika memandu turut meningkatkan risiko pemandu berdepan perlanggaran sebanyak 3 kali ganda. Perbuatan menghantar atau menerima sms akan mengalihkan perhatian pemandu daripada fokus mereka selama 4.6 saat, keadaan yang sama seperti memandu di sepanjang padang bola dalam keadaan buta selaju 55 mph. Dia juga berharap sesiapa yang melihat papan iklannya nanti menghentikan tabiat sms ketika memandu.


KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: