Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Sebahagian daripada apa yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada kerja keras dan idea yang dibangunkan oleh golongan mereka ini.
Senarai 10 ciptaan yang mengubah dunia..
1 - 1908: Ford Model T
Bulan Oktober 1908, kereta Ford Model T dibina di Detroit, Michigan, merevolusikan industri automotif dan buat pertama kali dalam sejarah, pemilikan kenderaan menjadi mudah dan mengubah cara masyarakat seluruh dunia bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Pada 1914, ia dihasilkan secara besar-besaran dengan 308,162 buah dihasilkan.
2 - Penisilin
Sebelum adanya penisilin, terdapat banyak jenis jangkitan dan penyakit dari sifilis, gangren atau demam rheumatik yang menjadi penyakit yang mampu meragut nyawa. Saintis dari Scotland, Alexander
Fleming menemui penisilin dan mencipta ubat antibiotik.
3 - 1954: Kuasa nuklear
Bulan Jun 1954, bandar Obninsk di USSR mencipta sejarah sebagai stesen yang pertama di dunia yang menghubungkan grid elektrik. Hari ini, stesen janakuasa nuklear membekalkan 16% kuasa elektrik di planet ini. Sesetengahnya mengatakan tenaga nuklear menawarkan tenaga bersih dan menjimatkan kos berbanding bahan api fosil.
4 - 1961: Penerokaan angkasa lepas oleh Yuri Gagarin
Pada 12.4.1961 angkasawan Yuri Gagarin menjadi yang pertama menjelajah angkasa lepas. Dengan menaiki pesawat Vostok 1, dia memasuki era baru dalam penjelajahan angkasa lepas.
5 - 1969: Concorde
Pada 1969, pesawat penumpanf supersonik pertama dunia memulakan penerbangan pertamanya. Penerbangannya dari London ke New York hanya memakan masa 3 jam berbanding 7 jam bagi pesawat konvensional lain. Pada tahun 2000, ia melalui zaman suram apabila pesawat Air France 4590 meletup di udara selepas ia berlepas, membunuh 113 penumpangnya. Ia menamatkan perkhidmatannya pada 2003.
6 - 1979: Sony Walkman
Produk ini dilancarkan pada 1979, ia mengubah cara kita menjalani kehidupan sambil mendengar muzik. Dengan rekaan yang kompak, ia menjadi popular dengan jualan sehingga 200 juta unit. Ia menjadikan muzik bukan sahaja didengar di rumah tetapi secara bersendirian juga sama ada ketika sambil bersenam, berjalan-jalan dan menjadikan kaset juga laris dijual di pasaran.
7 - 1989: Penciptaan laman web
Pada 1989 Sir Tim Berners Lee mencipta satu sistem komputer yang berhubung dengan jaringan maklumat. Tanpa ciptaannya ini pada hari ini, tiadalah semua yang kita nikmati hari ini seperti Google, Youtube mahupun Facebook.
8 - 1996: Kejayaan klon mamalia
Pada 1996, Dolly, seekor biri-biri betina menjadi mamalia pertama yang berjaya diklonkan daripada semua sel dewasa. Ia sama dari segi genetik dengan yang asal, ia membuka dimensi baru dalam bidang saintifik. Pada 1997, pakar embrio, Dr Ian Wilmut, dia menjelaskan kepentingan kelahirannya.
9 - 2001: iPod
Sebelum Steve Jobs dan Apple melancarkannya pada 2001, vinyl, CD dan kaset menjadi antara platform yang digunakan untuk menyimpan dan mendengar lagu-lagu kegemaran. iPod dan iTunes menjadi platform baru bagi media yang membenarkan masyarakat mendengar muzik daripada CD atau yang dimuat turun dari internet. walaubagaimanapun, bukan semua orang suka dengan apa yang dihasilkan. Pada 2011, Jon Bon Jovi menyatakan Steve Jobs bertanggungjawab membunuh industri muzik.
10 - 2013: Anggota bionik
Selepas kehilangan anggota badannya dalam satu kemalangan, Dane Dennis Aabo Sørensen, 36, menjadi calon pertama menggunakan anggota prostetik jenis bionik. Menurut kenyataan École polytechnique fédérale de Lausanne dan Scuola Superiore Sant'Anna, institusi di sebalik kajian ini, anggota prostetik yang dipakai oleh Sørensen ketika percubaan di Rom adalah wayar surgikal yang disambungkan kepada saraf pada atas lengannya yang membenarkannya merasa objek yang dipegang.
No comments:
Post a Comment