MY FOLLOWERS

Thursday, August 14, 2014

Kesihatan - 7 Makanan Untuk Bina Otot Sihat

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 


Assalamualaikum.....





Vitamin C: Boleh ditemui dalam semua jenis sayuran dan buah-buahan. Ia baik untuk kesihatan saluran darah yang menyokong keperluan otot untuk membawa oksigen dan nutrisi. 75 gram sehari daripada oren, atau secawan strawberi. 




Minyak ikan mempunyai keupayaan meningkatkan kesan latihan berat dengan meningkatkan kadar aliran darah ke otot, mengurangkan kehilangan protein otot dan mengurangkan kesan inflamasi untuk pemulihan yang cepat. Pengambilan 3.5 auns minyak ikan dari ikan salmon, makerel, trout, sardin atau tuna setiap minggu. 





Kalsium adalah salah satu nutrisi penting diperlukan oleh badan untuk kekuatan otot dan tulang. Dicadangkan mengambil 1200 mg sehari. Ia banyak terdapat dalam sayuran hijau, susu atau makanan tambahan.

 


Magnesium membantu mengurangkan kekejangan otot daripada latihan angkat beban atau PMS bagi wanita. Disarankan ambil 310-320 mg sehari namun tiada masalah jika diambil sehingga 400 mg sehari jika anda melakukan latihan angkatan beban selama 3 atau lebih hari dalam seminggu.






Vitamin B termasuk B1 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B6 (pyridoxine), B7 (biotin), dan B12 (cobalamin), setiap satunya baik tetapi ia menjadi lebih penting jika anda menggunakannya secara aktif untuk membina otot. Vitamin B memainkan peranan mengekalkan kesihatan sistem saraf dan memecahkan lemak dan karbohidrat. Kebanyakan orang mengambilnya secara sederhana menerusi diet kerana ia terdapat dalam bijirin, telur, daging, kacang legum, dan sayuran hijau. Manakala B12 terdapat dalam sumber daripada haiwan.





Vitamin D diperlukan untuk kontraksi otot, pertumbuhan otot, kekuatan, fungsinya dan tumbesaran. Pengambilan 4000-6000 IU adalah dicadangkan.





Vitamin E turut ada bersama dalam kekcang yang juga membekalkan protein, lemak sihat dan fiber. Antioksidan ini membantu sel membran pulih daripada stres yang datang daripada aktiviti senaman. Pengambilan sebanyak 300 mg sehari boleh membawa kepada loya, sakit perut dan mungkin membawa maut. Jadi ia hanya perlu dalam jumlah yang sedikit sahaja iaitu 15 mg sehari.

 

KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: