Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Dorado, atau mahi-mahi, sejenis ikan yang biasanya berwarna hijau keemasan tetapi ada juga yang muncul dengan warna lain. Foto di atas diambil oleh Dave Maynard, hos rancangan “Fish the Baja.” Kumpulannya memancing di La Paz di Laut Cortez, dan mendapat 154 ekor dorado dalam masa 4 hari, dengan enam daripadanya berwarna biru.
Ikan oarfish seperti ular ini sangat jarang ditemui tetapi dihanyut atau berenang ke pantai Baja, sama ada akan ditemui hampir mati atau sudah mati. Pemancing sukar untuk mendapatkannya secara pancingan tetapi bila ia dijumpai, ia seperti jadi fenomena. Ikan ini ditemui pada Oktober 2012 di pantai Medano dengan panjang 15 kaki dan boleh membesar sehingga 35 kaki. Pegawai marin biasanya akan tinggalkannya begitu sahaja jika ia sudah ditemui mati berbanding membawanya untuk kajian saintifik.
Foto ikan ratfish ini diambil pada 2009 di Cabo San Lucas. Ia sangat jarang ditemui dan kapten kapal yang menemuinya tidak tahu apakah jenis ikan ini, sama ada ratfish atau chimaera dan dianggap sebagai penemuan baru dalam bidang saintifik. Spesis ini yang lebih kecil pernah ditangkap pada 2011.
Ikan roosterfish merupakan sejenis lagi spesis ikan ditangkap di Baja. Namun ia dengan kulit yang bertompok-tompok dan bukan berbelang seperti yang ditangkap sebelum itu. Ia juga mempunyai kepala dan ekor yang berbentuk pelik.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment