MY FOLLOWERS

Sunday, August 31, 2014

Kamen Rider - Kamen Rider Fourze

Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images

 
 
Assalamualaikum.....

 
 
 
Kamen Rider Fourze ialah siri ke-13 dalam era Heisei yang memulakan siarannya pada 4.9.2011, seminggu selepas tamatnya siri Kamen Rider 000. Siri ini bukan sahaja menyambut ulang tahun ke-40 siri Kamen Rider tetapi juga ulang tahun ke-50 penerbangan Yuri Gagarin ke angkasa lepas pada 1961. Ungkapan penariknya yang sering diucapkan selepas transformasi merupakan rujukan kepada sistem Fourze Driver yang mendapat kuasanya daripada Astroswitches. 
 
Amanogawa High School  menjadi sekolah yang penuh dengan kejadian pelik dan keadaan menjadi semakin teruk apabila Gentaro Kisaragi memasuki sekolah itu dan mencari kawan baru. Kemudian dia bertemu semula dengan rakan sekolah lamanya yang mengaku pengembara angkasa, Yuki Jojima dan kemudian bertemu dengan Kengo Utahoshi. 
 
Apabila kampus sekolah itu sudah dikuasai sekumpulan raksasa digelar Zodiarts, Kengo dan Yuki cuba menggunakan sejenis peralatan aneh dijumpai di pengkalan lunar Rabbit Hatch yang mereka akses menerusi sebuah lokar. Walaubagaimanapun, Gentaro mencelah setelah Kengo tidak mampu untuk bertempur dan Gentaro menggunakan Driver berkenaan untuk transformasi Fourze. Gentaro kemudian menubuhkan Kamen Rider Club yang mempunyai beberapa ahli termasuk Yuki, Kengo, Miu Kazashiro, Shun Daimonji, dan Tomoko Nozama. Seorang pelajar pertukaran bernama Ryusei Sakuta, turut menyertai mereka dan sebagai Kamen Rider Meteor. Mereka kemudian mengetahui mengenai kewujudan satu kumpulan di bawah organisasi Zodiarts dinamakan Horoscopes, yang terus berkembang. Dengan pertempuran semakin sengit dari semasa ke semasa, Horoscopes meneruskan rancangan utama mereka ke fasa terakhir sebelum Kengo membongkar kebenaran mengenai dirinya.


KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: