Gambar ihsan: Yahoo Shine
Assalamualaikum.....
Sekumpulan saintis menemui satu lagi sumber bagi mendapatkan umur yang panjang. Kajian terbaru dalam Journal of Nutrition melaporkan seorang dewasa yang mengambil makanan dengan kandungan polifenol tinggi mempunyai 30% peluang untuk hidup lebih lama. Polifenol dalam mikronutrisi banyak terkandung dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijian, bijirin, kopi dan teh. Bukti mencadangkan polifenol turut menyumbang kepada pencegahan kanser, penyakit kardiovaskular, inflamasi, osteoporosis, dan pelbagai penyakit degeneratif lain.
Diet yang kaya dengan polifenol termasuk pengambilan 650 milligram sehari. Berikut adalah senarai sumber makanan yang kaya polifenol dengan mg/100 g dalam satu hidangan:
Serbuk koko (3448 mg)
Coklat gelap / dark chocolate (1766 mg)
Buah zaitun hitam (569 mg)
Buah zaitun hijau (346 mg)
Hazelnut (495 mg)
Pecans (493 mg)
Tepung soya (466 mg)
Plum (377 mg)
Ceri (274 mg)
Artichokes (260 mg)
Beri hitam (260 mg)
Strawberi (235 mg)
Raspberi merah (215 mg)
Red chicory / radicchio (235 mg)
Tepung gandum (201 mg)
Badam (187 mg)
Anggur hitam (169 mg)
Bawang merah (168 mg)
Epal (136 mg)
Bayam (119 mg)
Rempah dan herba seperti ulas, rosemary, oregano, dan lain-lain ramai yang kaya dengan polifenol, menjadikan pemakanan anda lebih kaya dengan khasiat. Begitu juga minuman yang mengandungi polyphenols terutama kopi, teh hijau dan hitam. Jus gelap dan jus limau adalah pilihan yang baik, tetapi untuk menyimpan kalori, elakkan pengambilan gula tambahan.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment