MY FOLLOWERS

Friday, October 11, 2013

Berita - Sumber Tenaga Baru Dari Matahari

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....






Pasukan pengkaji di University of Colorado Boulder semakin menghampiri sesuatu yang disifatkan sebagai memisahkan elemen air dengan sinaran matahari. Pasukan ini telah mencipta sejenis sistem haba solar yang membolehkan sinaran matahari ditumpukan pada satu titik pada menara pusat dengan ketinggian beberapa ratus kaki. Menara ini akan mengumpulkan kepanasan haba sehingga 2500 darjah Fahrenheit (1,350 Celsius) dan menghantarnya ke sebuah reaktor mengandungi bahan kimia dikenali besi oksida. 

Bila komponen bahan ini memanas, ia akan membebaskan atom oksigen yang menukarkan komposisi bahan dan membuatkan bahan yang baru terbentuk mencari atom oksigen. Pasukan ini menunjukkan dengan menambah wap kepada sistem akan menyebabkan oksigen daripada komponen air melekat ke permukaan besi oksida dan membebaskan gas hidrogen. Untuk mendapatkan wap ini, sinaran yang ditumpukan akan memanaskan air sehingga mendidih. 


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: