Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Seperti tubuh anda, rambut juga memerlukan keperluan
protein, vitamin, mineral dan minyak untuk sihat. Selain rawatan di salun
rambut yang bersifat luaran, sebenarnya kecantikan rambut juga bermula
dari dalam. Siapkan diri dan buat catatan untuk ke pasaraya berdekatan,
berikut adalah senarai makanan paling bermanfaat untuk kecantikan rambut
anda.
Ikan salmon
Ikan salmon bukan sahaja kaya dengan protein, ia turut kaya dengan kandungan lemak asid Omega-3, vitamin B6 dan B12 yang akan menghasilkan sel darah merah kemudian menyalurkan oksigen ke folikel.
Berapa banyak diperlukan? Lebih kurang 4 hingga 5 auns, dua atau tiga kali seminggu.
Flaxseed
Flaxseed sangat kaya dengan lignan, tumbuhan berasaskan kimia yang bertindak sebagai antioksida. Malah ia turut bermanfaat sebagai penyubur rambut kandungan kerana lemak asid tumbuhan yang terdapat padanya.
Berapa banyak yang diperlukan? Kisarkan ia sehingga benar-benar hancur dan campurkan ia bersama hidangan salad anda dalam kuantiti satu sudu makan setiap hari.
Telur organik
Diperkaya dengan protein, telur organik mengandungi banyak vitamin B5, B12 dan D serta sulfur yang merupakan penggalak mineral yang diperlukan pada rambut.
Berapa banyak digunakan? Pengambilan telur sebiji dalam sehari sudah cukup memadai untuk kalori serta kesihatan rambut anda.
Kacang lentil
Lentil membekalkan tiga jenis sumber vitamin B yang penting iaitu bioton, folat dan vitamin B6. Begitu juga protein, zat besi dan zink, yang bertindak sebagai anti keradangan.
Berapa banyak yang diperlukan? 1 cawan, tiga atau empat kali seminggu.
Minyak zaitun
Polifenol yang terdapat dalam minyak zaitun dapat mengawal keradangan, yang mampu merosakkan folikel rambut anda lebih-lebih lagi apabila usia anda semakin meningkat. Di samping itu juga, minyak zaitun kaya dengan lemak sihat.
Berapa banyak diperlukan? Campurkan pada salad atau gunakan ia sebagai sos pada roti, satu sudu makan setiap hari sudah memadai.
Daging lembu organik
Daging lembu organik adalah daging darippada lembu yang diternak secara meluas dan pemakanannya dititik beratkan iaitu hanya dari hasil alam semulajadi yang bernutrisi seperti rumput segar dan herba, bijirin, bahan sisa pertanian dan banyak lagi. Daging lembu jenis ini membekalkan zat besi yang paling banyak berbanding mana-mana bahan makanan yang mana ia diserap dan diproses dengan baik oleh tubuh.
Berapa banyak yang diperlukan? Walaupun ia daging yang baik berbanding daging biasa, tidak bermakna anda boleh memakannya sesuka hati. Empat auns setiap minggu sudah mencukupi.
Kubis
Folat, merupakan asas kepada vitamin B yang membantu menyuburkan sel rambut dan bertindak sebagai 'bintang utama' di antara kesemua jenis makanan yang terdapat dalam senarai ini. Harus diingat, kekurangan folat menyumbang kepada keguguran rambut dan masalah rambut beruban. Kubis mengandungi zat besi dan kunci mineral seperti magnesium dan zink.
Berapa banyak diperlukan? Dua cawan setiap hari.
Kuinoa
Tumbuhan ini sangat kaya dengan biotin, sejenis vitamin B kompleks yang diketahui dapat menguatkan rambut yang lemah. Bijian kaya dengan protein ini merupakan pilihan tepat dan sangat baik untuk semua terutama mereka yang sensitif atau alah pada gluten.
Berapa banyak yang diperlukan? 3/4 cawan setiap hari.
Kacang walnut
Kepada penggemar kekacang? Ini sudah pasti berita gembira. Selain menjadi snek kegemaran, walnut sangat baik dan berfaedah pada rambut kerana ia kaya dengan zinc dan lemak asid.
Berapa banyak diperlukan? Memandangkan 'snek' kegemaran anda kaya dengan kalori, ini bermakna anda perlu hadkan jumlah pengambilan anda kepada 1/4 cawan sahaja dalam sehari.
Yogurt yunani (greek yogurt)
Pengambilan yogurt jenis ini disifatkan sebagai pilihan alternatif bijak berbanding yogurt yang mengandungi pemanis, pewarna dan pelbagai rasa yang ditawarkan di mana-mana pasar raya. Kandungan kalsium yang tinggi pada yogurt yunani yang tidak bergula iaitu bakteria baik yang membantu sistem penghadapam dan meransang sistem imunisasi. Tahukah anda bahawa kekurangan sedikit dari robust sistem imunisasi akan menyumbang kepada masalah keguguran rambut?
Berapa banyak diperlukan? 1 cawan sehari.

KLIK SINI untuk ke sumber asal.
No comments:
Post a Comment