MY FOLLOWERS

Friday, October 11, 2013

Hidupan Liar - Ballooning Labah-labah Pelbagai Spesis di Zoo Dallas

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Yahoo GMA


Assalamualaikum....

Ballooning = buat belon?



Sawang labah-labah ini terapung sekitar zoo di Dallas. Berlaku ketika setiap kali musim luruh, kata penjaga invertebrata zoo berkenaan, Tim Brys kepada ABC News, "ada sesuatu yang mendorong setiap spesis untuk menetas dan kemudian mereka menyebarkan jalur sutera daripada belakang abdomennya. Angin yang bertiup akan menyebarkan mereka ke merata tempat. Proses ini dinamakan 'ballooning' dan membantu mereka mengatasi persaingan." 

Pihak zoo telah menerima banyak panggilan daripada penduduk yang mengadu mengenai sesawang serangga ini yang panjang daripada beberapa inci kepada sepanjang 10 kaki. Ballooning biasa wujud di tempat adanya labah-labah. Sesetengah spesis labah-labah yang melakukan 'ballooning' dari jenis berbisa tetapi bagi yang baru menetas, bisanya tidaklah berbahaya. Jadi kepada sesiapa yang menghadapi masalah takutkan serangga araknid atau istilahnya arachnophobia tidak perlu takut.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: