Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Di sebalik arus kemodenan dan kecanggihan yang dimiliki bandar ini, pihak pengurusan hospital ini terpaksa beralah bila berdepan dengan perkara ghaib, menyebabkan pihak hospital berkenaan memanggil ahli dari pusat perubatan Islam bagi 'membersihkan' hospital ini daripada gangguan yang dihadapi minggu lalu.
Pihak hospital ini telah menjemput lebih kurang 40 orang pakar perubatan Islam dari pusat Darussyifa' dari Bangi bagi 'memagar' kawasan hospital ini ekoran daripada aduan yang diterima pihaknya sejak 2 tahun lalu.
Darussyifa' ialah pusat rawatan Islam yang menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan kaedah berlandaskan al-Quran dalam proses rawatan yang dilakukan, yang diketuai oleh Ustaz Datuk Dr Haron Din, yang juga ketua perubatan Islam PAS. Seorang lagi perawat dari pusat berkenaan yang enggan dikenali berkata sesi rawatan dalaman melibatkan doa-doa, zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Air Yasin daripada bacaan surah Yasin adalah antara yang biasa digunakan dalam proses rawatan, kemudian direnjiskan pada kawasan-kawasan yang terdapat gangguan secara lawan arah jam seperti melakukan tawaf ketika haji di Mekah.
"Kita hanya tunjukkan bagaimana kaedahnya, selebihnya akan dilakukan oleh pihak pengurusan," kata perawat berkenaan, mencadangkan proses 'memagar' ini dilakukan selama tiga hari berturut-turut. Dalam masyarakat Melayu, sebelum adanya teknologi moden hari ini, makhluk halus seperti jin sering disalahkan sebagai punca gangguan. Apabila dihubungi, pihak hospital enggan mengulas lanjut, namun menjelaskan kehadiran pihak Darussyifa' dan Ustaz Datuk Dr Haron Din.
Walaupun Darussyifa' bukan badan yang mengejar keuntungan dan menawarkan perkhidmatannya secara percuma, pihak hospital juga enggan mengulas sama ada memberikan apa-apa bayaran atau sumbangan. Ramai di kalangan petugas hospital berkenaan juga enggan memperkenalkan diri apabila ditanya ekoran polisi ketat hospital ini bila berdepan dengan media, namun ramai yang bersikap tidak acuh mengenai gangguan. Ada yang menganggapnya sebagai biasa.
Ada juga yang bertugas pada syif malam menceritakan mendengar bunyi bising pelik dan melihat penampakan. Kawasan lain yang dikatakan ada gangguan ialah di tingkat 5, tempat petugas yang bertugas tidur. Cerita yang biasa didengar ialah mereka nampak wanita cantik berambut panjang dilihat di luar koridor Institut Kanser Nasional (IKN) yang dipanggil 'Shasha', dengan pakaian putih atau kuning yang kebetulan sama dengan warna dinding luar bangunan itu. Dilaporkan jumlah aduan meningkat sejak pembinaan IKN bermula September 2010.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment