Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Yahoo Health
Gambar ihsan: Yahoo Health
Assalamualaikum.....
Kadar pembesarannya adalah 1/5 berbanding manusia normal.
Gabby Williams berusia hanya 8 tahun tetapi memiliki kulit seperti bayi yang beratnya 11 paun. Satu keadaan genetik yang jarang berlaku yang menyebabkan para doktor kebuntuan dalam memberikan penjelasan. Penyakitnya menyebabkan Williams tidak melalui proses penuaan secara fizikal bermula sejak dia dilahirkan. Williams berkongsi keadaannya hanya dengan beberapa orang di seluruh dunia, termasuk seorang lelaki berusia 29 tahun dari Florida yang mempunyai tubuh budak 10 tahun dan seorang wanita berusia 31 tahun dari Brazil. Ketika para komuniti perubatan belum menemui punca gangguan genetik yang dihadapi oleh Williams dan yang lain sepertinya, kajian mengenai gangguan genetik ini sedang dilakukan bagi mengatasi proses penuaan.
Lihat dari sudut kromosom, ia membahagi ketika sel membahagi. DNA yang pecah adalah berbahaya kerana sel ini yang mempunyai kebolehan untuk membaiki mana-mana kromosom yang rosak. Tanpa telomeres, sel akan tersilap mengesan DNA yang rosak dalam kromosom. Tindakbalas itu akan membuatkan kromosom berhenti membahagi bersama sel lain dan mati.
Hasil daripada mengatasi perkembangan inersia bukanlah panjang umur, tetapi ia lebih bermaksud proses penuaan itu berlaku dengan risiko mendapat kanser dan penyakit pada kadar yang lebih rendah. Dalam kes Gabby Williams yang lambat melalui proses pertumbuhan, doktor tidak boleh terlalu yakin berapa lama lagi dia mampu hidup.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment