MY FOLLOWERS

Friday, October 11, 2013

Artikel - Elektrik Dari Sumber Solar

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....

Panel solar - teknologi baru. Menurut wakil jualannya yang ditemui ketika Ekspo Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNT) di Terengganu pada September lalu, setiap tahun permohonan untuk pemasangan panel solar ini adalah secara kuota. Dalam setahun hanya 200 atau 2000 kuota sahaja dibuka (lupa jumlahnya). Kuota tahun 2013 dimaklumkan sudah penuh, akan buka untuk 2014 pula. TNB ada perjanjian dengan  syarikat/agensi/kementerian berkaitan selama 21 tahun. Panel solar menyerap sinaran UV dari sinaran matahari. Pemasangan panel solar ambil masa hanya 2 hari. 

Mana-mana rumah yang dipasang dengan panel solar ini akan ada 2 jenis meter bacaan untuk elektrik digunakan. Satu dari TNB, satu lagi daripada panel solar ini. Bila pengguna mendapat bil setiap bulan, rumah berkenaan akan dapat 2 jenis bil. Satu dari TNB dan satu dari syarikat panel solar ini. Bil elektrik TNB pengguna yang akan bayar seperti biasa manakala bil solar, TNB akan bayar balik kepada pengguna berkenaan secara bank-in mengikut jumlah ia digunakan. Untuk bil eletrik TNB, caj adalah RM0.23 per kWJ (kilowatt jam) manakala bagi solar pula RM1.26 per kWJ dibayar oleh TNB kepada pengguna selama 21 tahun, flat rate. Ini maklumat yang dinyatakan kepada penulis oleh wakil jualan berkenaan ketika ditemui di booth Solar Wealth: Home Solar PV System di Ekspo HPPNT di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu yang diadakan pada 26-30.9.2013 yang lalu. 








Menurutnya lagi, 1 jam, panel solar ini akan hasilkan sejumlah 4 kW kuasa elektrik. Sudah tersiar dalam  akhbar NST, dan juga Utusan Malaysia sebelum ini. 

Boleh kira sendiri, kalau sehari guna elektrik selama 8 jam (contoh shj),

8 jam x 4kW x 30 hari x 12 bulan x 21 tahun x RM1.26 per kWJ = RM 304,819.20 jumlah dijana oleh pengguna selama tempoh 21 tahun.


Untuk info lanjut, klik pada pautan berkaitan:


Ramai sudah pasang.

No comments: