Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kalau sesiapa yang sudah menonton filem Iron Man 3, dipaparkan Tony Stark menggunakan satu pendekatan teknologi yang membolehkannya 'memanggil' dan mengawal komponen sut perisai terbarunya, Mark 42 hanya dengan menggunakan gelombang otak. Teknologi berkenaan yang digelar brain-computer interface (BCI) ada didedahkan dalam satu artikel di Yahoo News. Anda boleh bacanya DI SINI.
Terkini, satu lagi kajian mengatakan kebolehan seperti mana dalam watak-watak filem X-Men mungkin satu hari nanti bukan lagi fantasi. Ini kerana isyarat rasa yang diterima oleh manusia mahupun haiwan, yang dibawa menerusi organ-organ seperti hidung akan diproses dan diterjemah oleh otak. Organ ini katanya boleh dipertingkatkan, diganti atau dicipta bagi memberikan kelebihan super kepada pengguna.
"Otak tidak kisah tentang apakah peralatan yang anda akan gunakan, seperti mata, hidung, mulut atau telinga," kata pengkaji dan saintis neuro, David Eagleman, dari Baylor College of Medicine di Texas, pada satu persidangan pada 28 September lalu yang memfokuskan pada persoalan dan misteri mengenai manusia.
Katanya haiwan menjalani kehidupan secara berbeza. Contohnya kelawar menggunakan bunyi untuk navigasi, lembu merasai medan magnetik bumi menggunakan kompas magnetiknya. Sekarang ini saintis sedang mengkaji persamaan antara otak manusia dan haiwan dalam usahanya membangunkan teknologi yang bakal memberikan kelebihan deria yang lebih luas.
Teknologi baru ini yang dikenali sebagai Brainport mentafsir data visual kepada maklumat deria yang dihantar ke otak melalui elektrod pada lidah.
KLIK SINI untuk selanjutnya.
No comments:
Post a Comment