MY FOLLOWERS

Friday, November 1, 2013

Kesihatan - Perempuan Kena Makan Ini .......

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Untuk kuatkan tulang - Keju parmesan
Kunci bagi mengelakkan osteoporosis ialah dengan mengamalkan pengambilan kalsium yang cukup. Pengambilan yogurt dan susu rendah lemak juga sangat membantu. Keju parmesan mempunyai 340mg kalsium per auns, berbanding keju cheddar atau Swiss dengan 200 mg per auns. 



Meningkatkan imuniti - epal
Epal kaya dengan quercetin, sejenis antioksidan yang mampu keupayaan tubuh melawan penyakit.

 

Membantu menyimpan zat besi - kacang lentil.
Kacang lentil yang rendah kalori kaya dengan hampir 30% keperluan zat besi harian anda. 12% wanita mudah mempunyai masalah zat besi yang rendah, yang boleh membawa kepada anemia.



Mengurangkan kedutan - brokoli
Segelas brokoli mempunyai 100% keperluan vitamin C, penting bagi penghasilan kolagen yang menjadikan kulit lebih elastik. Ia juga jaya beta-karoten yang boleh membantu tubuh menukarkan vitamin A yang membolehkan tubuh menggantikan sel-sel kulit mati dengan yang baru.



Mendapatkan karbohidrat - kentang
Kentang mempunyai kompaun melawan lemak yang membantu mengekalkan berat badan. Satu kentang sederhana dengan kulit akan memberikan anda hanya kira-kira 100 kalori, dengan kalium lebih daripada pisang, kentang juga membantu melawan penyakit jantung dengan mengekalkan tekanan darah yang rendah.
 
 

Melidungi mata - lada loceng
AMD dan katarak antara punca utama hilang pandangan, namun makanan yang kaya dengan lutein, zeaxanthin, dan vitamin C, seperti lada loceng membantu menajamkan mata. Potongan lada ini yang merah, kuning dan oren mempunyai 2 kali keperluan vitamin C ditambah 116 mikrogram lutein dan 562 mcg zeaxanthin.
 

Mengempiskan perut - avokado
Avokado tinggi dengan lemak mono tak tepu, yang membantu mengurangkan berat badan. 



Kurangkan stres - dark chocolate
Pengkaji Eropah mendapati mereka yang makan 1 1/2 auns coklat gelap yang mempunyai 200 kalori setiap hari selama 2 minggu menghasilkan kurang kortisol hormon yang menyebabkan stres dan kurang rasa letih. kortisol menyebabkan peningkatan darah buat sementara. 



Tambah tenaga: pasta gandum
Pasta gandum kaya dengan vitamin B yang membantu tubuh tukarkan makanan kepada tenaga. Anda akan puas hati walaupun makanan kurang kalori. 



Melawan sakit jantung - sardin
Sumber asid omega-3 yang mengurangkan inflamasi yang menyekat arteri. Ia juga menghalang darah beku yang menyebabkan serangan jantung dan strok. 3 auns sardin mempunyai 1.3 gram omega-3.



Untuk kekalkan pengambilan folat - bayam
Sayur ini kaya dengan vitamin K, kalsium dan magnesium. Kombinasi yang membantu memperlahankan pereputan tulang bila meningkat tua. Selain folat, vitamin B juga membantu mengelakkan kecacatan kelahiran.



Melawan kanser - cendawan
Satu kajian mendapati mereka yang makan sepertiga auns cendawan mentah sehari mempunyai 64% pengurangan kepada risiko kanser payudara. Kajian lain mencadangkan cendawan mengurangkan kesan aromatase, protein yang menghasilkan estrogen. 


 
KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: