MY FOLLOWERS

Friday, November 22, 2013

Kesihatan - Bahaya Banyak Makan Karbohidrat Kepada Tubuh

Kredit kepada: Mingguan Wanita Disember 2012
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Menurut sebuah kajian di Amerika, mengambil makanan yang tinggi kandungan karbohidrat boleh meningkatkan risiko penurunan ingatan di kalangan warga emas. Kajian tersebut juga menyatakn bahawa ingatan yang semakin menurun ditambah pula dengan amalan pola pemakanan tinggi karbohidrat boleh meningkatkan risiko sehingga 4 kali ganda penyakit dementia (nyanyuk) atau Alzheimer. 

Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas 1230 responden yang berumur antara 70 hingga 89 tahun mengkaji mengenai makanan yang mereka makan setahun sebelumnya. Hasilnya didapati bahawa diet dengan tinggi karbohidrat dan gula meningkatkan lagi risiko Mild Cognitive Impairment (MCI) atau penyakit otak yang mudah menyerang pada mereka yang mengamalkan diet tinggi karbohidrat. Sebaliknya mereka yang mengambil banyak protein dan lemak pula berisiko lebih rendah untuk menghidap penyakit penurunan memori seperti itu. Tambah penyelidik lagi, risiko tersebut sama besarnya dengan diet tinggi gula. Dikatakan bahawa dengan mengambil banyak makanan yang mengandungi karbohidrat boleh menyebabkan pertambahan plak amiloid beta pada otak. Amiloid beta ini merupakan protein yang terdapat pada otak para pesakit Alzheimer. Penyakit otak yang mudah menyerang bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi karbohidrat diketahui membuatkan penghidapnya hilang ingatan tentang diri dan orang-orang di sekelilingnya. 

Justeru, penyelidik menyarankan supaya banyakkan mengambil makanan yang mengandungi banyak protein seperti ikan dan sayur-sayuran. Protein dan lemak baik dapat memberikan perlindungan kepada otak.


Petikan: Mingguan Wanita, Edisi 14-20.12.2012, segmen Info Sihat

No comments: