MY FOLLOWERS

Wednesday, November 13, 2013

Artikel - Penemuan Baru Dalam Pemindahan Organ: Penggunaan Sel Stem Penderma Menggantikan Ubat Anti-Penolakan

Kredit kepada: Latimes
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......

Pesakit yang sangat bernasib baik kerana mendapat organ gantian biasanya akan berdepan satu masalah lain seumur hidup mereka iaitu perlu mengambil ubat anti-penolakan yang biasanya mahal, berbahaya dan tidak semestinya efektif. 




Namun, di masa akan datang, ubat berkenaan mungkin tidak lagi diperlukan kerana satu kajian mencadangkan pesakit yang menerima organ gantian yang kurang sesuai boleh dilindungi daripada penolakan menerusi pemindahan organ seterusnya. Berbezanya kali ini, menggunakan sel stem daripada penderma berkenaan. Pada peringkat awal, kajian terbaru itu dikatakan berpotensi memberikan harapan baru dalam bidang pemindahan organ buat pesakit yang sudah menerima organ berkenaan dan masih bergantung kepada ubat anti-penolakan. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Translational Medicine, menjelaskan kaedah yang menggabungkan rawatan kanser lama dengan terapi sel abad ke-21 untuk mendorong sistem imun lima pesakit untuk menerima buah pinggang penderma sebagai mereka sendiri walaupun wujud ketidakserasian yang ketara.


Jika teknik ini terbukti berkesan bila digunakan ke atas orang ramai, pesakit pemindahan organ mungkin perlu mengambil ubat anti-penolakan ini pada waktu tertentu sahaja dan sebahagian lagi sudah boleh berhenti dengan selamat daripada terus mengambilnya. 


KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: