MY FOLLOWERS

Wednesday, November 13, 2013

Paranormal - Sulur Bidar (Bhgn 1)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....



Pernahkah anda mendengar kisah mengenai sejenis makhluk yang dipanggil sulur bidar ini? Di sini penulis ingin kongsikan mengenai makhluk ini. Selalunya makhluk ini hanya disedari dan dikenali kewujudannya oleh kaki-kaki pancing dan ceritanya hanya disampaikan dari mulut ke mulut. 

Makhluk ini dikatakan hanya terdapat di tasik-tasik dan tempat-tempat tertentu. Jika di Malaysia, tempat yang terkenal adalah di Tasik Kenyir, Tasik Banding Royal Belum dan juga di Tasik Chini dan makhluk ni amat ditakuti oleh orang-orang lama yang tinggal di sana.

Terdapat banyak versi berkaitan dengan fizikal makhluk ini. Menurut cerita orang-orang di sekitar kawasan serta orang asli di sana, makhluk ini berbentuk seperti sehelai permaidani putih, dan mempunyai banyak kaki seperti ulat gonggok di sekelilingnya. Makhluk ini ditakuti kerana ia berupaya menyerang manusia. Caranya sulur bidar akan menggulung mangsa dan menarik mangsa ke dalam air, seterusnya memotong badan manusia tersebut.

Ada juga versi lain yang berpendapat bahawa makhluk ini adalah sejenis binatang iaitu sejenis ular, tetapi ada pula versi lain yang mengatakan makhluk ini merupakan makhluk halus yang mendiami sungai-sungai besar dan kawasan air berpusar.

Mengikut pengalaman pemukat di Tasik Banding Royal Belum, kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih pusaran anyg muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun di dasaran. Daun-daun yang timbul tadi bila diambil tidak basah, maknanya daun itu kering walaupun muncul dari dasar, seperti ade sesuatu yang telah memerah atau mengeringkan daun tersebut dan daun ini jika dibakar, api akan menyala tanpa masalah, walaupun daun-daun ini diambil di atas air. Ketika inilah anda disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri daripada makhluk tersebut.

Di Tasik Kenyir, makhluk ini sering dikatakan terserempak semasa musim hujan. Terdapat cerita seorang pemancing ternampak sulur bidar dan cuba casting ke arahnya, (casting adalah teknik memancing dengan melontar umpan ke sasaran dan menggulungnya semula dengan pantas) tetapi mata kail pada umpan itu seolah-olah menembusi badan makhluk tersebut.

Terdapat versi dari kaum Red Indian tentang makhluk yang kelihatan seperti minyak beku yang terapung yang melemaskan mangsanya dan boleh menyerang melalui walaupun lubang kecil pada bot, makhluk Red Indian ini mempunyai persamaan dengan Sulur Bidar ini. - 


Sumber

No comments: