MY FOLLOWERS

Wednesday, November 6, 2013

Artikel - Tahukah Anda Tentang Dawning Raid Project?

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum......

Project Serbuan Subuh (Dawning Raid Sept1981)



Diterajui oleh mantan PM kita iaitu Dr Mahathir Mohamed, projek hebat yang berlaku pada Sept 1981 di mana Malaysia mengejutkan Kerajaan British dengan pengambil alihan Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope (Ketiga-tiganya syarikat British pada masa itu) melalui  projek khas dikenali Projek Serbuan Subuh dengan membeli saham di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa. Apa yang menariknya projek yang diterajui oleh Tun M yang menghantar 4 orang (Ku Li, Ghafar Baba, orang ketiga dan keempat) bukan saja  berjaya membawa kembali beratus ribu ekar tanah milik Malaya, malah tanah-tanah lain kepunyaan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut di seluruh dunia dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM36 Billion.

Ada satu versi lagi yang mengatakan pada April 1981, Tun M melancarkan ASN. Rupa-rupanya tujuan ASN itu bukan sahaja sebagai tabung pelaburan rakyat, tapi sebagai cara untuk mengumpul wang bagi tujuan Dawn Raid Project. 5 bulan kemudian (Sept 1981) dengan duit ASN itulah yang digunakan untuk membeli semua saham-saham Guthrie di LSE. Walaupun guna duit ASN, tetapi projek itu amat berbaloi kerana jumlah aset Guthrie yang dimiliki adalah jauh lebih besar iaitu sebanyak 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie. Seolah-olah Guthrie diperolehi secara percuma.


Margeret Thatcher

Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain itu kerana sebelum ini dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut. Tapi akhirnya Tun M dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang-undang ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Setelah dimalukan di atas kejatuhan Guthrie kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang-undang di LSE dengan mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. Kesan daripada peristiwa tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan pengambilalihan Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya mengadakan kempen Buy British Last dan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang seterusnya menutup terus mulut Britain pada masa itu.



Dari utusan online..

KUALA LUMPUR 21 April...

Projek serbuan waktu subuh yang merintis kejayaan Malaysia membawa balik syarikat perladangan negara Kumpulan Guthrie Bhd. (Guthrie) dari London merupakan projek kerajaan yang dimulakan sejak pemerintahan Tun Abdul Razak lagi.



Ketua Eksekutif dan Pengurus Besar Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang pertama, Tan Sri Mohd. Desa Pachi berkata, usaha membawa balik Guthrie, yang sebelum itu dikenali sebagai Guthrie Corporation PLC diserahkan kepada PNB iaitu sebuah institusi pelaburan bumiputera yang baru ditubuhkan.

Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak untuk membawa kembali semua syarikat Malaysia yang disenaraikan di Bursa Saham London termasuk Guthrie.

Sambil mengimbas sejarah kejayaan negara membawa balik syarikat perladangan terkemuka di dunia itu, beliau berkata, percubaan kali pertama membawa balik Guthrie gagal kerana masalah teknikal dan harga saham Guthrie pada masa itu terlalu mahal.

Bagaimanapun,usaha kedua setahun selepas itu yang dirangka dengan lebih sistematik telah membuahkan hasil yang membanggakan apabila kerajaan berjaya membawa kembali Guthrie di bawah kawalan rakyat Malaysia. Melalui usaha yang dirancang rapi selama setahun selepas percubaan pertama gagal, PNB berjaya menguasai Guthrie Coproration PLC pada 8 September 1981 menerusi projek yang kemudiannya dikenali sebagai "dawn raid atau serangan menjelang subuh", katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Desa mengulas dakwaan bekas Ketua Eksekutif PNB Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengusahakan proses membawa kembali Guthrie. Khalid yang menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok pada 28 April ini merupakan Ketua Eksekutif PNB yang kedua.

Mohd. Desa berkata, PNB terlibat secara langsung merangka strategi untuk membawa balik Guthrie pada masa itu. Menurut Mohd. Desa, selepas setahun beliau dilantik oleh kerajaan sebagai Ketua Eksekutif dan Pengurus Besar pertama PNB pada 1979, beliau maklum mengenai ura-ura membawa balik Guthrie.

Mengulas lebih lanjut mengenai serbuan waktu subuh atau Dawn Raid itu, beliau berkata, sebelum itu secara kebetulan kerajaan telah pun menguasai sebahagian Sime Darby. Katanya, atas arahan kerajaan, Sime Darby kemudian melantik Rothchild Merchant Bank untuk menjadi penasihat kepada PNB dan Sime Darby dalam usaha mengambilalih Guthrie.

"Malangnya, percubaan pertama itu gagal kerana harga saham Guthrie pada masa itu terlalu mahal," katanya. Mohd.Desa berkata, usaha itu kemudian terhenti seketika kerana mengikut undang-undang pelaburan di Britain, usaha seumpama itu hanya boleh dimulakan semula setahun selepas itu.

Berikutan itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) kedua, Tun Ismail Mohamed Ali dan Rothchild merangka strategi dengan mengkaji undang-undang berkaitan pelaburan di Britain. Katanya, setahun selepas itu, setelah merancang dengan teliti, negara akhirnya bersedia untuk meneruskan projek tersebut.

Saya masih ingat lagi apabila Tun Ismail memanggil saya di pejabatnya memaklumkan bahawa seorang pegawai Rothchild, Jock Armitage akan datang ke Kuala Lumpur dari London untuk menemui saya menerangkan tentang projek Dawn Raid. Saya sempat bertanyakan kepada Tun Ismail "Apakah itu dawn raid?", tetapi tidak dijawab oleh Tun Ismail selain menyatakan bahawa Armitage akan menjelaskan kepada saya kelak dalam pertemuan itu nanti, katanya.

Mohd. Desa berkata, setelah mendapat maklumat lanjut mengenai projek Dawn Raid, dan menerima arahan Tun Ismail supaya PNB meneruskan usaha itu, beliau telah mengarahkan Khalid yang pada masa itu pengurus pelaburan PNB untuk memantau usaha membawa balik Guthrie dan bekerjasama dengan pemegang-pemegang saham serta mengatasi masalah yang mungkin boleh menghalang usaha tersebut.

Hasil perancangan yang teliti dan strategi yang betul, PNB akhirnya berjaya menguasai Guthrie Corporation PLC daripada Bursa Saham London pada 8 September, 1981, katanya, kejayaan itu merupakan kenangan yang sangat manis bagi PNB dan rakyat Malaysia.



SUMBER asal.

No comments: