MY FOLLOWERS

Monday, November 18, 2013

Paranormal - Sulur Bidar (Bhgn 2)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum......


Ini sambungan daripada Bahagian 1 artikel ini. Kali ini dijelaskan dari sudut makna sulur bidar dan ciri-cirinya.
  1. Sulur Bidar juga dikenali sebagai Hantu Balung Bidai atau Hantu Bidai atau Hantu Balung.
  2. Sulur Bidar ada katanya makhluk halus atau syaitan yang menyerupai sesuatu pusar air atau kanvas putih terbentang atas air bagi memesongkan manusia.
  3. Ada yang kata ular besar (ular bidang) berbentuk leper macam permaidani atau carpet yang besar (4 meter x 4meter).
  4. Ada pendapat yang menyatakan rupa bentuknya seperti seekor ular besar yang menjalar di air dan ada pula yang menyatakan ia mempunyai kepala yang bulat, rambut dipenuhi ular yang berbisa.

Dari Wikipedia:

Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa. Mulutnya ada pada setiap penjuru (4 penjuru = 4 mulut)


Dari Abuya (President of Cheras Fishing Club)

Suluh bidar ini merupakan sejenis ular berbentuk tilam yang menjerut dan 'menggulung' mangsa selama beberapa hari lalu tenggelam ke dasar (ada pendapat sahih mengatakan yang baru belajar memancing selama 3 hari, pemancing 'hustler' selama 7 hari dan untuk pemancing gemuk selama 40 hari)... Setelah segala pati zat protein, besi lubang tongkeng dan biji mata disedut, ular itu akan melepaskan mayat/ikan tersebut untuk mencari mangsa seterusnya iaitu ... ANDA hehehehhe  (Tau takut...) Sebab itu bila bertemu pemancing disarankan agar berdoa dan bertawakallah semoga dapat lari dari sulur bidar agar anda dapat umur panjang dan keturunan yang banyak...




 - Sumber

No comments: