Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Misteri keampunan Allah
Allah adalah Maha Pengampun, hal ini disebut dalam firmanNya,
إنَّ اللهَ لَعَفُوٌّ غَفُوْرٌ
"Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun (surah al-Hajj : 60)
Semua dosa kita boleh diampunkan kecuali syirik. Lalu ada yang bertanya di manakah pula keadilan untuk orang yang tertindas dan dizalimi jika dosa mereka yang zalim dan kejam itu dapat diampunkan?
Aljawab, Allah belum tentu mengampunkan semua dosa seseorang walaupun Dia Yang Maha Pengampun boleh melakukannya. Di situlah terletaknya keadilan dan agar kita tidak mencampuri urusan Tuhan. Dia mengampunkan sesiapa yang Dia suka dan Dia mengazab sesiapa yang Dia kehendaki.
Salah satu tanda kebesaran rahmat Allah, Dia memberi kita tangguh dari azab atas dosa yang dilakukan agar kita berpeluang untuk bertaubat atau memperbaiki diri.
Di dalam sebuah hadith qudsi, Nabi salallahualaihiwassalam bersabda ;
أَذْنَبَ عَبْدٌ ذَنْبًا ، فَقَالَ: اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذَنْبِيْ. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَذْنَبَ عَبْدِيْ ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ . ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ ، فَقَالَ: أيْ رَبِّ اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: عَبْدِيْ أَذْنَبَ ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ . ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ ، فَقَالَ: أيْ رَبِّ اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَذْنَبَ عَبْدِيْ ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ ، اِعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ .
Seorang hamba mengerjakan dosa kemudian dia berdoa: "Ya Allah ampunilah dosaku". Maka Allah Azza wa Jalla berfirman: "Hamba-Ku telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai rabb yang (Maha) Mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah Azza wa Jalla pun mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu dia berdoa: "Ya rabbku ampunilah dosaku". Maka Allah Azza wa Jalla berfirman: "Hamba-Ku telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai rabb yang (Maha) Mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah Azza wa Jalla pun mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku". Maka Allah Azza wa Jalla berfirman: "Hamba-Ku telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai rabb yang (Maha) Mengampuni dan membalas perbuatan dosa, berbuatlah sesukamu wahai hamba-Ku, maka sungguh Aku telah mengampunimu" . Iaitu: "selama kamu terus bertaubat, memohon dan kembali kepada-Ku". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jangan berputus asa meminta keampunan dari Allah kerana selagi kita mahu meminta keampunan-Nya maka selagi itulah Dia akan mahu mengampunkan kita!
Sumber: FB
No comments:
Post a Comment