Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum......
Seorang artis jalanan Ernest Zacharevic, berbangsa Lithuania yang pernah
terkenal di Pulau Pinang 2 tahun lalu kembali terkenal kerana mural
Lego dilukisnya dipadamkan oleh pihak berkuasa Johor Baru. Dia
menyifatkan insiden berkenaan sebagai pengalaman yang kurang
menyenangkan namun mencetuskan perbincangan tentang apa sebenarnya seni
jalanan, pemahaman orang awam tentangnya, sempadan dan hadnya serta
kebebasan meluahkan ekspresi seni seperti juga kebebasan berucap. Dia
menjadi perhatian minggu lalu apabila Majlis Bandaraya Johor Baru
memadamkan mural dilukisnya memaparkan figura Lego penyamun dengan pisau
menanti wanita dengan beg tangan untuk dirompak. Karyanya membayangkan
sebuah bandar yang tidak selamat daripada jenayah. Mengenai beberapa
muralnya di Pulau Pinang yang menjadi mangsa vandalisme tahun lalu,
katanya ia perkara biasa dan dia tidak kisah mengenainya.
Artis ini telah menghasilkan karyanya di tempat kelahirannya di Belgium, selain di Norway, Tokyo, Singapura, Itali dan Kuala Lumpur.
Artis ini telah menghasilkan karyanya di tempat kelahirannya di Belgium, selain di Norway, Tokyo, Singapura, Itali dan Kuala Lumpur.
Mural jalanan yang dipadamkan oleh pihak berkuasa kerana mengetengahkan isu berkaitan jenayah yang semakin berleluasa, mencetuskan perbandingan antara pelukisnya dengan pelukis grafiti dari UK, Banksy. Mural asalnya dipaparkan pada dinding di Johor Baru minggu lalu memaparkan wanita sedang berjalan dan penjenayah menanti untuk menyamunnya, dalam bentuk Lego. Ia sebagai mesej memaparkan reputasi bandar berkenaan terhadap jenayah. Pihak berkuasa yang marah dengan imej berkenaan segera memadamkan mural itu namun ia terus menyedarkan orang awam terhadap jenayah.
"Spread the word! Don't let these silly officials hide the problem. We need a safer Malaysia," kata satu tulisan di Facebook.
Baju dengan figura dijual di Facebook dengan harga RM20 termasuk yang ditulis "Art doesn't damage a city's image. Crime does."
No comments:
Post a Comment