MY FOLLOWERS

Monday, May 20, 2013

Paranormal - Bunyi 'Humming' ........

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......



Sekadar berkongsi, terpulanglah kepada sesiapa yang baca untuk kata seram atau tidak...
Alkisahnya sewaktu masih menuntut dahulu, aku suka sangat bergayut pada tengah malam. Adakalanya sampai pukul 3 atau 4 pagi...

Pada satu malam, sekitar jam 3 pagi, sewaktu sedang syok bergayut dengan teman lelaki, dan kawan-kawan lain semuanya sudah tidur dan bilik juga sudah gelap, aku terdengar ada bunyi seakan humming (orang menyanyi-nyanyi kecil). Kemudian, bila aku pandang kawan katil sebelahku, manalah tahu kalau-kalau dia mengigau pula mahu masuk pertandingan nyanyian, sebab yang seorang ini kerap juga mengigau adakala bercakap seorang diri dalam keadaan marah-marah sehingga membuatkan aku jadi takut. Namun, aku lihat mulutnya tertutup rapat dan memang tiada alasan yang bunyi humming itu keluar dari mulutnya. Pada masa itu, tidak terfikir pula kalau bunyi itu datang dari makhluk halus, kemudian aku buat bodoh sahaja sebelum menyambung sembang dengan teman lelaki.

Dua hari kemudian, pada masa itu, kawan-kawan aku semuanya bersengkang mata berjaga malam untuk siapkan tugasan sebab mahu dihantar keesokannya. Kemudian, pukul 4 pagi, sedang mereka mahu isikan dakwat dalam katrij mesin cetak (printer), waktu itu suasana sangatlah sunyi, maka pada waktu itulah terdengar lagi bunyi humming yang aku dengar sebelum ini cuma kali ini bunyinya lebih kuat. Semua kawan aku yang berjaga tengok sahaja yang lain yang sudah tidur, katanya mereka tidak pula dengar sesiapa yang tidur ini mengigau dan keluarkan bunyi itu dan katanya lagi mereka dengar bunyi itu seperti datang dari arah tangga. Kawan aku yang berjaga ini sudah mula takut sampaikan mahu buang air pun mereka tidak berani. Masing-masing teruskan sahaja siapkan tugasan, duduk rapat-rapat, buat juga sebab mahu hantar. Selepas azan Subuh, barulah bunyi itu hilang.

Keesokannya, kawan aku beritahu apa yang berlaku malam tadi, eeiii..meremang jugalah bulu roma! Disebabkan aku orang pertama mendengar bunyi itu dan tidak rasa apa-apa, bila diceritakan apa sebenarnya berlaku, barulah datang rasa takut.



Sumber asal.


No comments: