Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum....
Kisah ini berlaku di Ampang... Kisah benar yang berlaku 2 tahun lepas (diceritakan oleh kawan baik kepada lelaki yang bernama Amir (nama samaran)...sebagai pengajaran kepada semua yang masih hidup.
Kawan aku seorang penjual kereta, bercinta dengan seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang penjual kereta.
Satu malam, mereka bercadang untuk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapa si perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangannya dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dengan mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.
Bila mendengar berita ini, anaknya pun balik ke rumahnya di Bukit Antarabangsa dan keluarga pihak perempuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.
Enam bulan kemudian, mereka bercadang untuk berkahwin dan persiapan untuk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Dijadikkan cerita, semasa lelaki ini pergi membeli juadah KFC di Ampang Point, dia dilanggar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dengan teman lelaki kesayangannya.
Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua memintanya untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.
Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua memintanya untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.
Malam ketiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah itu tetap ada...
Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih-bersih dan jika tidak, malang akan menantinya.. Bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap ada...
Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya diketuk bertalu-talu dan muncullah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..
Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan benda yang berwarna biru... Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "Apa ini...?"
Nah.. Sabun Basuh Dynamo, sapu sedikit pada kotoran dan tuangkan bakinya ke dalam cucian. Kotoran pasti akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli la sendiri kat kedai.....
Hahahahaha :-D
Hahahahaha :-D
No comments:
Post a Comment