MY FOLLOWERS

Tuesday, May 14, 2013

Hidupan Liar - Serangga Terkecil Tinkerbella

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....


Satu spesis serangga lalat baru ditemui dinamakan sempena nama pari-pari dalam cerita "Peter Pan" memiliki sayap halus dengan rumbai. Tinkerbella nana ialah nama bagi spesis ini dijumpai di Costa Rica. Ia adalah dari jenis tebuan chalcid, dan hampir semuanya jenis parasit yang tinggal atas telur dan larva serangga lain. 

Ia sangat berguna buat petani yang adakalanya mengimport serangga ini sebagai satu kaedah kawalan serangga perosak. Serangga pari-pari ini kebanyakannya bersaiz sangat kecil seperti Kikiki huna, spesis dari Hawaii yang bersaiz 0.005 inci (0.13 millimeter) sama panjang dengan hujung mata pen lukisan. 

Ini menjadikannya sukar untuk ditemui tetapi pengkaji diketuai John Huber dari Natural Resources Canada yang mengendalikan kajian ini dengan mencari telur serangga dalam daun-daun yang gugur, tanah dan pada tumbuhan di kawasan Costa Rica di Alajeula. Di sana mereka temui spesimen T. nana, dengan panjang 250 mikrometer. Di bawah mikroskop, mereka dapat melihat rupa serangga ini dengan lebih jelas termasuk panjang, sayapnya dengan rumbaian seperti rambut yang sangat halus. Kajian mereka telah diterbitkan dalam Journal of Hymenoptera Research. 


KLIK SINI untuk selanjutnya.


No comments: