MY FOLLOWERS

Tuesday, May 28, 2013

Sekadar Luahan - KeHampehan Di Saat-saat Sebelum Percutian (T____T)'

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...........

Ohhh... Kali ini keadaannya sama seperti tahun lepas. Ditinggalkan di rumah untuk menikmati cuti berseorangan sedangkan habis semua anak bini termasuk si kakak dan adik yang masih berada dalam kandungan itu :-) berangkut ke Melaka pada waktu itu untuk melancong dan melencong..huhuhu  (T_____T) 


Hampehh!


Kali ini pula sekali lagi ditinggalkan keseorangan untuk bercuti. Berbezanya, pada tahun lalu ditinggalkan keseorangan di sini sebab perlu menjadi salah seorang AJK teknikal bagi satu kejohanan karate yang diadakan sempena acara City Night Games. Apa boleh buat, selain menjalankan tugas acara ini, hanya duduk di rumah melayan TV, internet, TV, internet, dan begitulah keadaannya bila ia berlaku pada hujung minggu. 

Kali ini, mereka semua bercuti sebagai memenuhi satu undangan perkahwinan ahli keluarga yang berada di KL. Huhh.. KL lagi.. Lagilah seronok sebab si kakak dan adik yang sudah keluar perut ikut sekali, meninggalkan si Papa sekali lagi. Bercuti sambil makan kenduri. Si adik bakal merasai perjalanan jauh menaiki bas dari Terengganu ke KL buat pertama kali. Si Papa pula terpaksalah serahkan tiket yang sudah dibeli kepada si kakak sebagai wakil :-P 

Bukan tidak mahu turut serta, tetapi sebab ada kertas kerja Rancangan Perniagaan (RP) yang perlu disiapkan dan baru sahaja mendapat berita kurang enak daripada pihak kolej menyatakan ada 4 lagi projek untuk disiapkan! Haahh! Ambik kau!! Sudahlah ada hanya 4 minggu lagi untuk siapkan semuanya, macam mana hendak diselesaikan semua kekalutan ini? Kalau dihitung, manalah sempat untuk siapkan semuanya dalam masa sebulan. Mahu buat secara ekspres siapkan satu projek dalam masa seminggu?! Pengsann!! Dari pengalaman tahun lepas sudah terasa agak perit. Mahunya tidak, hanya untuk perbetulkan 5 lukisan projek sahaja sudah makan masa sepanjang malam! Dengan kata lain, memang tidak tidur malamlah! 

Lagi haru bila ada yang lain buat kerja lambat, asyik bersembang dan bergelak sakan. Orang sibuk mahu siapkan segera, dia asyik ke lain pula. Sepatutnya projek ke-3 ini sudah siap sejak bulan lalu dan sepatutnya sekarang sudah dalam proses menyiapkan bahagian akhir projek ke-4 atau pertengahan projek ke-5, sebab setiap projek (LA) dibahagi kepada 2 bahagian iaitu P1 dan PA. Tidak perlu diingatkan semula berapa banyak projek yang ada sebab semua orang sudah ada fail dengan partition bagi setiap projek. Kiranya semua sudah maklum dan boleh fikir sendiri. Disebabkan segolongan inilah berlakunya sedikit kelewatan dalam penghantaran projek. 

Mahu ditunggu lagi? Entah bilalah boleh siap, projek diberi akan semakin advance dan lagi susah. Selepas ini akan masuk ke bahagian modifikasi dan lukisan perincian (detail drawing) yang lagi susah dan perlukan lebih masa. Bolehkah diselesaikan secara perseorangan kalau pun bersengkang malam sepanjang malam? Pengsanlahhh... Yang lebih menambahkan kegeraman ialah bila diberitahu projek ke-3 yang diberi sebelum ini adalah lain daripada yang dahulu disebabkan ada manusia yang ambil salinan projek ke-3 yang asal dan ubah sendiri. Bukan hasil kerja tangannya. Menyusahkan betul! 

Akhirnya dapatlah semua orang buat projek ke-3 versi baru yang lebih rumit. Lukisan rumah mewah 2 tingkat dengan atap berlapis macam kuih lapis. Disebabkan pengalaman dan ketekunan, maka dapatlah juga menyiapkan dan menghantar projek ke-3 ini hari ini. Lagi awal daripada si peng-copy-paste tu.. hehehe 

Mengenai percutian, terpaksalah memikirkan untuk pujuk hati "Lain kali ada lagi, lain kali ada lagi... LAIN KALI LAHH.." walaupun tidak diketahui bilalah lagi akan dapat peluang untuk pergi bercuti dan bersuka ria seisi keluarga. 

Seronoklah semua orang, bercuti sehingga beberapa hari sewaktu cuti sekolah... Hampehh betul!

No comments: