Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum......
Suatu ketika dahulu, ada seorang guru yang meminta murid-muridnya untuk membawa satu kantung plastik jernih ke sekolah. Lalu, ia meminta setiap orang daripada mereka untuk memasukkan beberapa kentang ke dalamnya. Setiap orang diminta untuk memasukkan sebiji kentang bagi setiap orang yang tidak mahu mereka maafkan.
Mereka diminta untuk menuliskan nama orang yang enggan mereka maafkan itu. Ada beberapa orang kanak-kanak tersebut memiliki kantung yang ringan walaupun banyak juga yang memiliki plastik dengan berat berlebihan.
Mereka diminta untuk membawa kantung jernih itu ke mana sahaja mereka pergi selama seminggu genap, tidak kira siang atau malam. Pendek kata, kantung itu harus ada di sisi mereka kala tidur, diletakkan di meja saat belajar dan dijinjit sewaktu berjalan.
Lama kelamaan keadaan kentang itu makin tidak menentu. Banyak daripadanya sudah membusuk dan berbau. Hampir semua murid berkenaan mengeluh dengan tugasan yang diberikan oleh guru mereka. Akhirnya, waktu seminggu selesai dan hampir semua kanak-kanak memilih untuk membuang daripada terus menyimpannya.

Tugasan ini setidak-tidaknya memberikan pengajaran kepada anak-anak. Suka duka semasa membawa kantung yang berat akan menjelaskan kepada mereka bahawa membawa beban itu sesungguhnya sangat tidak menyenangkan. Memaafkan, sebenarnya adalah pekerjaan yang lebih mudah, daripada membawa semua beban itu ke mana sahaja kaki melangkah.
Ini adalah sebuah perumpamaan yang baik tentang harga yang perlu kita bayar untuk sebuah kepahitan yang kita simpan, dan dendam yang kita genggam terus menerus. Getir, berat dan meruapkan aroma yang tidak menyedapkan. Boleh jadi itulah nilai yang akan kita dapat saat memendam amarah dan kebencian.
Kita sering berfikir, memaafkan adalah hadiah bagi orang yang kita beri maaf. Namun, kita harus kembali belajar bahawa pemberian itu adalah juga hadiah buat diri kita sendiri. Hadiah untuk sebuah kebebasan. Kebebasan dari rasa tertekan, rasa dendam, rasa amarah, dan kedegilan hati.

No comments:
Post a Comment