MY FOLLOWERS

Friday, May 31, 2013

Berita - Kemalangan Helikopter Akibat SMS

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....


Seorang juruterbang helikopter perubatan yang kehabisan minyak dan kemudiannya terhempas, yang menyebabkan kematian empat orang, diganggu oleh teks pesanan ringkas sewatu dia sepatutnya membuat pemeriksaan prapenerbangan. Menurut Deborah Hersman, Pengerusi National Transportation Safety Board, kes ini dirujuk sebagai "juxtaposes old issues of pilot decision making with a 21st-century twist", gangguan disebabkan oleh alatan elektronik. Kes ini adalah yang pertama melibatkan pesawat komersial yang disiasat oleh badan berkenaan melibatkan gangguan pesanan ringkas. Ia menjelaskan lagi kebimbangan badan berkenaan bahawa gangguan telefon bimbit dan peralatan elektronik lain sebagai faktor berlakunya kemalangan dalam pelbagai jenis pengangkutan termasuk pesawat, keretapi, kereta, trak, dan juga kapal. Juruterbang berkenaan, James Freudenbert, 34, dari Rapid City, S.D., menghantar 20 sms kebanyakannya dengan pekerja selama hampir 2 jam sebelum pesawat berkenaan terhempas di kawasan ladang sebatu dari lapangan terbang dengan harapan dapat mengisi semula minyak. Freudenbert terlepas beberapa peluang untuk melihat keadaan paras minyak pesawat termasuk gagal untuk mengendalikan pemeriksaan prapenerbangan dan tolok minyak.




3 sms dihantar dan 5 diterima sewaktu penerbangan walaupun 11 minit sebelum ia terhempas. Freudenbert berbalas sms sambil menghubungi pusat komunikasi menerusi radio mengatakan kekurangan minyak. Helikopter tersebut masih belum berlepas ketika menunggu pesakit yang akan dipindahkan ke hospital lain, bersama jururawat dan paramedik. Walaupun juruterbang itu tidak mengarang sms ketika kemalangan, ada kemungkinan tindakan berbalas sms mengalih perhatiannya daripada tugas dan menyebabkannya terlepas langkah keselamatan yang sepatutnya dilakukan. Menurut pakar, manusia tidak boleh melakukan 2 tugas serentak, hanya boleh bertukar dengan segera, namun bila ia dilakukan, tumpuan kepada sesuatu tugas itu akan terganggu.

"Jika ada 2 perkara untuk ditumpukan dalam satu masa, salah satunya akan mengalihkan perhatian anda, " kata David Strayer, profesor dari University of Utah. "Jika ia berlaku ketika anda bekerja di depan meja, itu tiada masalah tetapi jika berada dalam kenderaan atau kokpit pesawat, isu keselamatan akan menjadi sangat serius."

Pada Oktober 2010, dua juruterbang Northwest Airlines terlepas destinasi mereka di Minneapolis-St. Paul International Airport sejauh 100 batu apabila mereka leka melihat jadual penerbangan dalam komputer riba. Teks pesanan sms terutama yang disertakan dengan nada dering mengganggu tumpuan seseorang dan sukar diabaikan, dan jika subjek itu begitu menarik dan sukar ditolak atau emosional turut membuatkan ia sukar diabaikan, kata Christopher Wickens, profesor emeritus dalam bidang kejuruteraan dan psikologi penerbangan dari University of Illinois.


Helikopter berkenaan dikendalikan oleh subsidiari Air Methods Corp. of Englewood, Colo., penyedia perkhidmatan pengangkutan kecemasan udara di Amerika Syarikat. Polisi syarikat itu turut melarang penggunaan sebarang peralatan elektronik ketika dalam penerbangan. Freudenbert jelas tidak memeriksa jumlah minyak yang ada sebelum berlepas dari pengkalannya di St. Joseph, Mo., walaupun telah dimaklumkan sejak awal mengenainya kerana ia turut digunakan pada malam sebelumnya untuk sesi latihan.



KLIK SINI untuk selanjutnya.

No comments: