MY FOLLOWERS

Friday, May 17, 2013

Berita - Tanduk Badak Sumbu Afrika Bernilai $3 Juta Dicuri

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum..... 




Perompak berjaya melarikan 66 tanduk badak sumbu Afrika yang dianggarkan bernilai sekitar $2.75 juta dalam salah satu rompakan terbesar pernah dilakukan di Afrika Selatan, selepas mereka memecah masuk peti simpanan selamat kepunyaan seorang pemilik ladang. Tanduk itu yang dipotong daripada badak sumbu di Leshoka Thabang Game Reserve di kawasan utara Limpopo yang menjadi kawasan perlindungan bagi haiwan terancam daripada menjadi mangsa penyeludup yang membekalkan tanduk berkenaan kepada sindiket jenayah antarabangsa.

Permintaan yang meningkat untuk tanduk badak di Vietnam, tempat bagi golongan kaya membelinya bagi merawat penyakit daripada mabuk sehinggalah kanser. Rawatannya tiada langsung kaitan dengan sains tetapi permintaan telah meningkatkan harga tanduk setinggi $65,000 setiap kg, menjadikannya jauh lebih mahal daripada emas.

"Dalam tangan saya, ia tiada nilai, tetapi jika dalam tangan perompak, ia sangat bernilai," kata Johan van Zyl, pemilik sebuah ladang kepada Reuters.
Katanya lagi, sebanyak 42 kg tanduk telah dicuri dan berdasarkan harga daripada penjual ubat tradisional Vietnam, ia boleh dijual setinggi $2.75 juta di Hanoi.

Van Zyl berkata dia memiliki permit untuk memotong dan menyimpan tanduk. Pihak Afrika Selatan membenarkan penyimpanan persendirian bagi tanduk dan mesti didaftarkan dalam masa yang sama melarang hampir semua aktiviti penjualannya.

Menurut polis dan pemilik ladang, perompak telah memecah masuk ke dalam pejabat perniagaan dan menggunakan penunu bagas untuk membuka peti simpanan selamat yang menyimpan tanduk. Walaubagaimanapun, mereka masih menyiasat dan belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Afrika Selatan merupakan habitat kepada sebahagian besar badak di benua ini dengan jumlah hampir 21,000 ekor. Tahun lalu, lebih 660 ekor badak sumbu di Afrika Selatan dibunuh oleh penceroboh, satu jumlah yang tinggi, dan lebih 800 ekor lagi mungkin dibunuh tahun ini jika kegiatan pencerobohan ini berterusan pada kadar semasa. Beberapa pemilik kawasan perburuan simpanan telah memotong tanduk badak bagi mengelakkannya daripada dibunuh penceroboh sementara pihak Afrika Selatan telah mengerahkan tenteranya bagi melindungi haiwan ini dalam taman negaranya.

Tanduk badak sumbu telah digunakan sejak berabad lamanya dalam perubatan Cina dengan cara dikisar sehingga halus seperti tepung untuk merawat penyakit termasuk rheumatism, gout juga kerasukan makhluk halus.


KLIK SINI untuk selanjutnya.

No comments: