MY FOLLOWERS

Sunday, May 26, 2013

Berita - Khayal Ketika Memandu Lebih Berbahaya Daripada SMS

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.... 




Kita semua telah diberikan amaran akan bahaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Kini ada satu kajian terbaru menyatakan adalah lebih berbahaya untuk berkhayal atau mengelamun ketika memandu. Jelasnya, kajian terbaru itu yang dilakukan oleh Erie Insurance Group menyatakan mengelamun atau khayal adalah lima kali lebih berbahaya daripada sms atau bercakap menerusi telefon bimbit ketika memandu.

 

“Hasilnya sungguh menakutkan,” kata Doug Smith, timbalan presiden senior Erie kepada NBC News.

Berdasarkan penemuannya mendapati 62% daripada kesemua kemalangan akibat pemanduan terganggu di Amerika Syarikat setiap tahun yang mengakibatkan kematian, dipersalahkan atas tindakan seperti khayal yang pada zahirnya seperti tidak berbahaya. Bezanya hanya 12% daripada kecelakaan ini akibat daripada menggunakan telefon bimbit. Pihak Erie menyemak data 65,000 laporan kemalangan maut yang dilaporkan pada 2011 dan 2012. Daripada data berkenaan, hanya 10% kematian berpunca daripada gangguan ketika memandu. Pada bulan April lalu, sebuah trak telah merempuh bahagian depan sebuah restoran di Las Vegas. Pemandunya mengatakan perhatiannya terganggu sejurus sebelum ia berlaku.


Menurut Smith lagi, pemanduan terganggu ialah apa-apa aktiviti yang mengganggu perhatian daripada melihat jalan raya atau mengganggu minda pemandu daripada fokusnya untuk memandu dengan selamat. Mereka telah melihat laporan kemalangan maut yang diberikan oleh penguatkuasa undang-undang seluruh negara dan ia sungguh menakutkan. Beliau juga berharap data yang dikeluarkan akan membantu menyedarkan pemandu pentingnya mengelakkan apa-apa sikap berisiko tinggi yang tidak perlu dan boleh meningkatkan risiko terlibat dalam kemalangan maut.


KLIK SINI untuk selanjutnya.

No comments: