MY FOLLOWERS

Monday, April 2, 2012

Sekadar Luahan - Alhamdulillah.... Lulus Akhirnya!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Saya telah terlibat dengan seni beladiri ini semenjak dari Tingkatan 1 lagi. Setiap tahun mengambil ujian kenaikan tali pinggang sehinggalah ke tali pinggang coklat sebelum berhenti seketika bagi memberi laluan kepada pengajian di universiti. 

Hampir semua ahli yang berlatih di dewan berkenaan menduduki ujian yang diadakan pada Sabtu lalu. Berat juga kali ini. Hampir 'pancit' dibuatnya sebab segala tenaga digunakan sepenuhnya. Habis dua botol air pun masih terasa letih lagi. Nasib baiklah tidak jatuh terus ketika kumite (free sparring).

Keputusan terus diumumkan selepas semua peringkat ujian selesai. Alhamdulillah! Lulus juga akhirnya.

2 comments:

abdooss said...

Tahniah bro!

Selamat datang ke Darjah 1 Dunia Seni Mempertahankan Diri (=Black Belt 1st Dan)

Selama ni macam Tadika je (talipinggang warna).. makin lama makin susah, ilmu makin banyak kena tahu, scope semakin luas! :)

THE GREEN said...

hehehe... tu la pasal :-) lps2 ni maybe main snjata pulak kot..byk lg la..