MY FOLLOWERS

Sunday, November 20, 2016

Seni dan Kreativiti - Perkara Seronok Boleh Dibuat Dengan Dron

Kredit kepada: Says.com
Gambar ihsan: Says.com


Assalamualaikum.....


Zaman sekarang, ada memiliki sebuah dron bukanlah pelik. Bermacam perkara boleh dibuat, bukan setakat untuk hiburan seperti kapal terbang kawalan jauh sahaja. Boleh juga ambil foto dan rakam video. Sebelum ini, pernah didedahkan di Yahoo News tentang satu foto yang diambil menggunakan dron 'kantoi'kan seorang wanita yang sedang berjemur di laman belakang rumah dengan bikini sahaja.


Sesiapa yang ada dron bolehlah cuba terbangkannya lebih tinggi untuk dapatkan shot menarik seperti ini....


Terbangkan dron untuk dapatkan landskap yang ummpphh!


Ambil foto selfie ramai-ramai tanpa gunakan monopod.


Ambil foto landskap


Buat light painting di udara


Boleh juga buatkan apa sahaja rakaman video menarik, kreatif, pelik atau mengarut... hahahaha




Sumber menggapai awan:  SINI   |   



Sekadar Luahan - Semua Orang Ada Bahagiannya...

Kredit kepada:  -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Nak bagi berapa ni..???


Bukan semua perkara kita boleh cerita pada orang lain. Ada yang kena dirahsiakan dan dibiarkan macam itu. Apa rahsia itu? Entah. Saya sendiri tidak tahu. Mungkin terpulang kepada masing-masing. Boleh jadi atas faktor kerjaya itu sendiri atau pengalaman peribadi. Bergantung pada bidang apa yang diceburi.

Ada sesetengah perkara, bila berlaku membuatkan kita jadi serik untuk terlalu dedahkan apa yang kita tahu. Kita boleh jadi kecewa, marah, terasa hati membengkak, dan sebagainya. Sebab mungkin orang yang berurusan dengan kita itu depannya cakap lain, belakangnya cakap lain. Depan muka buat macam biasa, di bila balik tengok semula dalam internet, habis semua disembur keluar. Dengan megah dan sombongnya ungkit beri kita itu ini dan kata kita ini tidak malu dan tidak kenang budi. Biasalah, bila jumpa manusia di dunia luar, macam-macam jenis dan perangainya. Sedaplah bahasa bila bercakap macam-macam di dunia ini, di akhirat pula macam mana? Boleh yakinkah dia kalau dirinya lebih baik daripada kita? Kalau betul terasa diri itu tidak sombong bongkak, adakah akan diungkit itu semua? 

Kalau kita pilih untuk diam, dia boleh buat apa? Mahu terus serang sampai kita jatuh? Atau mahu diam juga? 





"Eh, yang ini macam ini. Tak boleh beritahu orang." 
"Dalam bidang kita ni, benda-benda macam ni tak boleh dedah lebih-lebih. Boleh beritahu setakat ini sahaja."

Hmm... susah mahu katakannya. Lain orang, lain rahsianya. Lain orang, lain ceritanya. Lain perasaannya. Rambut sama hitam, hati lain pula. Yang tahu, hanya dirinya dan Allah swt. 

Macam mana mahu sebutkannya? 



Artikel - Perlukah Membina Binaan Di Atas Kubur?

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum.....







Dari Abu al-Hayyaj al-Asadi, ia berkata, Ali bin Abi Talib r.a. berkata kepadaku:
"Ingatlah aku mengutusmu sebagaimana Rasululloah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutusku: Janganlah kamu biarkan patung kecuali kamu hancurkan, dan janganlah pula kamu biarkan kuburan yang berlebihan kecuali kamu ratakan."
(HR. Muslim : 696)

Dari Abu Tsumamah bin Syufiyyi, ia berkata, "Kami bersama Fudholah bin ’Ubaid berjihad di bumi Romawi, di daerah Rudais. Salah seorang sahabat kami meninggal dunia, lalu Fudholah bin ’Ubaid radhiyallahu ‘anhu memerintahkan kami agar meratakan kuburannya, lalu ia berkata:
"Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk meratakannya."
(HR. Muslim: 968)

Bukan yang dimaksudkan meratakan kuburan harus meratakan kuburan dengan tanah, kerana meninggikan kuburan sewajarnya dan tidak berlebihan bukanlah perbuatan yang terlarang. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah meratakan semua kuburan dan tidak membezakan antara kuburan orang soleh dan yang lain, tidak pula meninggikan kuburan secara berlebihan dan tidak pula mendirikan bangunan di atasnya.

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:
"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang umatnya mengecat kuburan, duduk di atasnya, dan mendirikan bangunan di atasnya."
(HR. Muslim: 2242, Abu Dawud: 3226, Tirmidzi: 1052, Nasa’i: 2026)

Sebarkan kebenaran ini..
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim no. 2674).




Artikel - Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.........

Kadang-kadang kita seolah main ikut sahaja apa yang orang tua atau generasi lama buat, tanpa banyak soal. Sebaiknya dalam hal-hal yang berkaitan akidah, kena sensitif juga untuk elak daripada terpesong atau tersilap langkah. Kena sensitif dengan bertanya, belajar dan mengkaji. Belajarlah dengan guru yang betul. Bila sudah dapat yang betul, barulah ikut. 






1. Mendengar berita kematian
Melayu: Al-Fatihah
Islam: Innalillahi wa inna ilaihi rojiun


2. Usung jenazah
Melayu:
Baca al-fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat seperti yang diminta oleh keluarga si mati. Contohnya, si mati meninggal dunia di Sarawak, tetapi disebabkan keluarga di Selangor, maka jenazah akan dibawa pulang ke Selangor untuk dikebumikan.

Islam:
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.


3. Menanam jenazah
Melayu:
Menjirus air dengan jag yang diikat kain putih, tabur bunga dan tabur batu

Islam:
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah, tidak mengapa, namun jika air dijirus agar mayat sejuk, maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.


4. Kubur jenazah
Melayu:
Kubur dihias bagai pengantin, ada bangunan/binaan; siap ada nama, tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia; ada pakej upah baca al-Quran
ada 2 batu nisan (kepala dan kaki)
kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
beri wang kepada orang yang buat solat jenazah dan penggali kubur, paling tidak dalam RM1,000 

Islam:
Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan atau binaan; tiada sebarang tarikh dan nama; tiada upah membaca al-Quran di kuburan.
Hanya ada 1 batu nisan
Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
Tiada wang diperlukan kerana tugas uruskan jenazah FARDHU KIFAYAH bagi umat islam.


5. Kenduri arwah
Melayu:
Keluarga si mati buat upacara kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
Dilakukan selama 3 hari, 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama Hindu, bukan Islam!

Islam:
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu (jenazah lelaki)   
Allahummafirlahawarhamha waafihi wa’fuanha (jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan. Ini yang sebetulnya dibuat.


6. Talqin
Melayu:
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.  

Islam:
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah, kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.



Berlapang dada, renungkankah. Melayu sekadar bangsa dan Islam itu akidah kita.
Jadikan pesan Nabi s.a.w. dlm hadis sebagai panduan:-
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”
(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)


Ini baru dari satu sudut. Dalam masyarakat Melayu kita, banyak lagi yang kena diperbetulkan bila ada perkara yang menyentuh akidah. Tajuk lain, nanti bolehlah disiarkan dalam entri yang lain.



Friday, November 18, 2016

Kesihatan - Diet Untuk Kempiskan Perut

Kredit kepada: tenmuchasaludblog.com
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Tidak kira lelaki atau perempuan, bahagian lemak yang paling susah untuk dibuang ialah di bahagian perut. Ini yang orang selalu gelarkan sebagai boroi. Perut yang menggeleber dan menonjol ke depan membuatkan penampilan diri kelihatan tidak elok. Semua yang menghadapi masalah ini pasti akan cari pelbagai cara untuk membuangnya.

Betul ke semua itu hanya lemak sahaja? Ada satu artikel menyatakan, anda bukannya gemuk tetapi dari sudut dalaman, anda sebenarnya ada banyak bahan buangan yang tersangkut dalam badan, mungkin dalam perut atau usus (patutlah bila selesai senaman push-up, akan terasa mahu membuang! Hahahahaha...) 


Satu kaedah yang dicadangkan ialah air Sassy. Diambil bersempena nama pakarnya, Cynthia Sass. Kaedahnya mudah sahaja. Resipinya ialah menukarkan air biasa kepada air yang boleh membakar lemak. Ia juga memperbaiki dan menguatkan kesihatan secara menyeluruh. Air ini akan membantu memperbaiki tahap pencernaan dan keseimbangan, dan mempunyai hampir 0 kalori.


Ada juga satu kaedah dipanggil 'Diet Perut Kempis' dicipta oleh Cynthia Sass dan berdasarkan pengambilan air bagi mengurangkan berat badan. Walaupun anda minum sehingga 8 gelas air sehari, anda masih perlukan pertimbangkan tentang pengekalan air dalam tubuh dan keseimbangan elektrolit.



Bahan-bahan diperlukan:

2 liter air
1 sudu teh halia segar yang diparut
1 biji lemon saiz sederhana, dipotong nipis bentuk bulat
1 biji timun, dibuang kulit dan dipotong nipis bentuk bulat
12 daun pudina kecil


Caranya:
Campurkan semua bahan dalam satu jag atau bekas besar dan simpan semalaman dalam peti sejuk. Minum 4-5 gelas sehari.


Untuk kesan lebih cepat dan lebih baik, minum pada waktu pagi sebelum sarapan. Anda akan rasa seperti hilang 1 paun berat selepas 2 jam.

Pakar nutrisi menyatakan pengambilan air ini secara biasa, disertakan dengan aktiviti fizikal, boleh mencairkan lemak pada perut dan membantu mengurangkan gelembung pada perut.


Walaubagaimanapun, kaedah ini tidak disyorkan kepada mereka yang hamil, masih menyusu bayi, atau kepada mereka yang mempunyai masalah perut atau ada alahan kepada mana-mana bahan dalam senarai di atas.



Sumber yang suka perut kempis:  SINI  |     


Seni dan Kreativiti - Peringatan Untuk Pemandu Lain Cara Kreatif Tapi Menakutkan

Kredit kepada: Bored Panda
Gambar ihsan: Bored Panda


Assalamualaikum.....


Bagaimana perasaan anda kalau ketika sedang seronok memandu terutama pada waktu malam, kemudian tiba-tiba entah apa sebab, ada pula yang berikan kelipan lampu tinggi dari belakang?

Kalau saya, menyirap juga dibuatnya.. tambahan lagi kalau yang buat tu jenis kenderaan besar. .. Rasa besar sangat ke??

Di China ada dijual satu siri pelekat pemantul yang akan nampak imej menakutkan bila disuluh. Pelekat ini turut mendapat perhatian pihak berkuasa di sana. Di Beijing, tidak salah untuk ada pelekat pada cermin tetapi adalah menjadi tanggungjawab sendiri kalau berlaku kemalangan sebagai akibat menakutkan pemandu lain. 







Idea ini mungkin boleh digunakan untuk gertak sedikit golongan pemandu sebegini, cuma kalau dia yang terbabas ketakutan, itu tanggunglah sendiri. Bak kata orang,   LU PIKIR LA SENDIRI...



Sumber kupasan kisah peperangan: SINI   |