MY FOLLOWERS

Thursday, January 6, 2011

Sekadar Luahan - Kenangan Hari Pertama di Sekolah

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum...







Mengimbau kembali zaman kanak-kanak, pastinya banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan. Ya, setiap detik dilalui pastinya ada yang meninggalkan kesan mendalam. Apabila dikenang kembali, pasti segelintir akan merasa gembira, tidak kurang juga yang menangis.


Bagaimana pula dengan kisah sewaktu mula-mula melangkah ke sekolah? :-D


Setiap kali menonton siaran Buletin Utama pada awal tahun, berita yang sama ditayangkan. Begitulah gambarannya bagi setiap yang mula-mula ke sekolah. Mungkin setiap orang melihatnya dari perspektif yang berbeza.


Hari pertama masuk darjah 1


Saya masih ingat, ketika mula-mula ke sekolah. Pada waktu itu tahun 1988, saya mula memasuki darjah 1 di Sekolah Rendah Kebangsaan King George V (SRK KGV), Ampangan, Seremban. Pada waktu itu keluarga saya baru sahaja ditukarkan ke Negeri Sembilan oleh pihak Mara. Saya bersekolah pada sesi petang. Saya hanya datang dengan membawa bekalan makanan tanpa beg sekolah. Ayah saya kata hari pertama, kelas belum bermula. Saya sekadar mengikut.


Ayah saya menemani saya mendaftar diri. Berbagai gelagat dapat dilihat, ada yang gembira, yang biasa-biasa, malah ada yang sedih. Mungkin kerana berdepan suasana berbeza daripada di tadika pada tahun sebelumnya. Saya antara yang menangis waktu itu. Kiranya seperti culture shock juga.


Kelas bermula, ayah saya masih menunggu di luar kelas. Sekali-sekali memerhati. Begitu juga ahli keluarga yang lain, juga ada yang masih belum pulang. Guru kelas mula memanggil nama seorang demi seorang. Setiap kali nama dipanggil, murid akan bangun sambil mengangkat tangan dan menjawab, "Saya, cikgu." Apabila tiba giliran saya, saya cuma sekadar mengangkat tangan dan menunduk muka, tanpa bangun. Malu sebab dipanggil ketika sedang menangis! (Huhuhuhu....) Cikgu dan kawan sekelas seperti mencari, dan ada yang mula bersuara "Eh, mana orangnya?" Bila ternampak saya, barulah cikgu berkata, "Laa..kenapa tak bangun?" sebelum meneruskan memanggil nama kawan-kawan yang lain hingga yang terakhir.


Seterusnya, kelas dimulakan dengan Pendidikan Seni. Saya belum menegur sesiapa (terasa seperti kera sumbang pun ada), Kertas lukisan dihulur oleh siapa pun, saya tak tahu! Tiba-tiba sahaja sudah ada di depan mata. Pensel warna pula pinjam pada rakan di sebelah. Sewaktu melukis, barulah ada yang mula melihat saya. Mungkin juga lukisan saya. Siap dengan pujian sebab saya boleh melukis! Hehehe...


Pun begitu, saya masih lagi dalam mood 'takut'. Sewaktu ayah saya mengambil saya untuk pulang, barulah 'meletup' tangisan saya hinggalah sampai di rumah.





Hari kedua

Saya sudah boleh berdikari, sedikit.. Saya dihantar oleh jiran kami, yang dipanggil Atuk dengan menaiki kereta. Bukan saya seorang, tetapi ada 3 orang lagi. Saya tiba di sekolah awal sedikit sebelum bermula sesi petang. Dengan beg yang disandang, saya datang melihat ke kelas dan saya dapati ada murid-murid lain pula di kelas. Pada waktu itu saya tidak mengetahui berkenaan sesi pagi persekolahan. Saya ingatkan hari itu cuti atau tidak bersekolah. Saya tidak dapat menelefon ke sekolah kerana tiadanya telefon di rumah apatah lagi telefon bimbit! Jadi saya pun berjalan kaki sendirian pulang semula ke rumah. Peliknya, tiada siapa pun yang mencari dan tiada yang menghalang...


Apabila sampai sahaja di rumah, alangkah terkejutnya ibu saudara saya (babysitter saya ketika itu) melihat saya pulang sewaktu sesi persekolahan baru bermula! Bila ditanya kenapa pulang awal, jawapan saya, "Takde orang pun..orang lain pulak ada kat sekolah." Terus dia memanggil Atuk kembali dan saya dihantar semula ke sekolah, kali kedua pada hari yang sama.


Nasib baik tidak didenda kerana datang lewat hari itu.. :-D


Hari-hari seterusnya, saya melalui sesi persekolahan seperti biasa hingga tamat darjah 3 di sekolah berkenaan.





Darjah 4 hingga 6

Sewaktu memasuki darjah 4, saya bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya, Seremban. Perpindahan ini adalah sebab Atuk yang biasa menghantar kami sudah 'bersara' daripada menghantar kami. Lagipun, pada waktu ini, sekolah ini baru sahaja dibuka. Alangkah seronoknya kali ini kerana hanya perlu berjalan kaki untuk pergi dan balik dari sekolah pada waktu pagi. Kadang-kadang terserempak juga dengan beberapa orang pakcik jiran yang berjoging. Adakalanya mereka temankan saya sehingga ke sekolah. Kawan-kawan merangkap jiran pun ramai yang boleh bergerak bersama. Saya bersekolah di sini sehingga tamat darjah 6 dan UPSR.


Lebih seronok kerana dapat tidur pada waktu petang selepas pulang dari sekolah. Itupun jika ada kelapangan. Kebiasaannya saya akan bersama kawan yang lain ke rumah ustazah untuk kelas mengaji dan akan 'melecong' pula ke rumah kawan untuk bermain permainan video, ataupun ke kedai Wan untuk makan ABC! Hahahaha...

5 comments:

adrinaqamarina said...

1988? wah, rina pon 1998. jauh nye beza~~~-.-'

abc tu nampak sedap dan menggoda.

aSmiDar said...

teringat waktu pertama kali masuk tadika..
tiap2 pagi mesti ade sorang abg gemuk datang pimpin tangan..
kalau abg tu xde..
xnak masuk okey...
sbb ase selamat je bila ngan die..
huhhu

Unknown said...

oh ABC!! terliur akak..

THE GREEN said...

menusuk hati: wslm...terliur ke? :-)
adrina: thn 1998? lewatnya...
asmidar: time saya tadika, jln kaki jer dgn kwn2..
princess nur: nk ker? jom saya blanja :-)

Anonymous said...

macma sedapppp abc tu..tetibe teringin.....huhuhu