MY FOLLOWERS

Friday, November 7, 2014

Berita - Penemuan Mengejutkan Dalam Beg Pakaian...

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Ngeri!
 



Rutin seharian seorang wanita yang berjoging kali ini dikejutkan dengan penemuan ngeri apabila dia menemui sebuah beg pakaian yang ditinggalkan yang berisi bahagian badan manusia di tempat letak kereta di Jalan Kebun Bunga, Georgetown. Dia menemui beg tersebut berhampiran semak sebelah tempat letak kereta sekitar jam 11.20 pagi dan cuba menyiasat sendiri apa kandungannya menggunakan batang kayu untuk membukanya. Dia terkejut kerana dalamnya terdapat pakaian dengan kesan darah dan tangan manusia. 

Dia kemudian ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. ACP Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan penemuan berkenaan. Beliau berkata beg berkenaan mengandungi bahagian badan manusia tanpa kepala dan kaki, dan telah dibawa ke rumah mayat untuk post-mortem. Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
 


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Artikel - Jadi Cantik Pun Susahhh!! - II

Kredit kepada: Yahoo Sports
Gambar ihsan: Yahoo Sports



Assalamualaikum.....

Lagi satu kes akibat cantik sangat. Ehh, cantik ke?  
 




Sebelum ini dengan atlet bola tampar, kali ini pengacara bola sepak wanita pula. Katanya dia mungkin terpaksa melupakan kerjaya impiannya apabila mendapat rungutan daripada pemain lain yang mengatakan kecantikannya mengganggu tumpuan orang lain untuk bermain. Katarina Sreckovic, pengacara rancangan di Serbia’s Red Star Belgrade berkata dia terpaksa meninggalkan padang dalam banyak keadaan, ada beberapa pemain tidak dapat tumpukan perhatian ketika ditemubual kerana kecantikannya. Pada mulanya ia adalah satu masalah baginya tetapi lama-kelamaan ia menjadi hal yang biasa.

Adakalanya jadi cantik pun susah...
 


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.


Kesihatan - Makanan Pembekal Tenaga Untuk Otak Anda

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


 
Mentega almond - Merupakan peluang yang baik untuk anda menghindari masalah kekurangan memori bila usia meningkat. Almond kaya dengan vitamin E, yang terbukti membantu mengurangkan risiko kerosakan kognitif. Mentega almond mengandungi vitamin E 3 kali lebih banyak daripada mentega kacang.

Daun salad dengan keju - Jika anda mengalami masalah kesukaran mengingat, sayuran hijau seperti brokoli atau bayam adalah pilihan untuk anda. Ia kaya dengan vitamin K yang berupaya meningkatkan kemampuan mengingati secara lisan. Sayuran hijau mengandungi folat, bersama vitamin B12 bagi meningkatkan fungsi kognitif di kalangan orang dewasa. Oleh sebab vitamin B12 tiada dalam sayuran hijau, maka tambah telur atau keju dalam hidangan ini.

Beri biru - Unsur flavonoid dalam beri biru mampu meningkatkan ruangan memori dengan antioksidan yang membantu mengurangkan inflamasi yang menjejaskan ingatan jangka panjang.

Teh hijau - Satu kajian mendapati mereka yang minum teh hijau sebelum ujian fingsi kognitif menunjukkan hasil lebih baik berbanding yang minum plasebo. Pengkaji yang memantau fungsi otak peserta ujian mendapati mereka berupaya untuk belajar lebih cepat.

Ikan salmon atau tuna - Unsur DHA, sejenis asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan yang lebih berlemak seperti salmon atau tuna boleh membantu meningkatkan keupayaan memori dan masa untuk ingat kembali. Kajian dijalankan ke atas 176 orang dewasa mendapati 1.16g DHA memberikan hasil yang berbeza.

Tomato ceri - Sayuran berwarna oren dan merah merupakan antara sumber terbaik nutrisi dipanggil karotenoid yang membantu meningkatkan kognisi dan memori bagi jangka panjang. Likopin, sejenis nutrisi yang banyak terdapat dalam kulit tomato adalah salah satu daripadanya. Ia melindungi anda daripada inflamasi disebabkan depresi, selain memberikan mood yang baik.

Sayuran akar - Contohnya, lobak. Dalam kajian dijalankan, subjek berumur 70 tahun ke atas diberi minum jus bit, kemudian diimbas dengan mesin MRI. Hasilnya pengkaji dapati ia membaiki kadar aliran darah ke otak. Rahsianya, unsur nitrat yang ada dalam bit, lobak dan sayuran lain yang berwarna terang.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Animasi - The Legend of Korra

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 


The Legend of Korra ialah siri animasi Amerika disiarkan di saluran Nickelodeon pada 2012. Siri ini merupakan kesinambungan kepada siri Avatar: The Legend of Aang dan mengambil tempat kira-kira 70 tahun selepas era Aang. Korra merupakan anak kepada Aang dan Katara, yang merupakan Avatar baru dari puak Air. Siri ini merupakan susulan kepada siri Avatar: The Last Airbender, yang bersiaran dari tahun 2005 hingga 2008. Siri ini berjaya secara komersial dan mendapat pujian penonton atas nilai produksi selain turut menyentuh isu sosiopolitik dan keganasan.

Siri ini berada dalam persekitaran menampilkan segolongan manusia mempunyai kemampuan unsur melentur unsur semulajadi seperti air, tanah, api dan angin yang dipanggil 'bender'. Dalam setiap generasi akan ada seorang yang boleh melentur semua unsur dipanggil 'Avatar' yang bertanggungjawab mengawal keseimbangan alam. Siri ini mengikuti pengembaraan Avatar Korra, dari keturunan Aang yang berdepan cabaran politik dan spiritual dalam dunia yang lebih moden.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Hiburan - Gotham 2014

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Gotham merupakan siri keluaran Amerika Syarikat dikembangkan oleh Bruno Heller, berdasarkan watak-watak yang terdapat dalam francais Batman ciptaan Bob Kane, dan keluaran DC Comics yang bertumpu kepada persekitaran watak Detektif James Gordon yang baru bertugas di GCPD dan hidup Bruce Wayne, anak kepada pasangan jutawan Thomas dan Martha Wayne yang dibunuh dalam satu rompakan jalanan sesudah mereka pulang dari menonton wayang. Siri ini mendapat permintaan daripada saluran Fox dan telah mula bersiaran pada 22 September 2014. Musim pertama siri ini dengan 16 episod, memaparkan suasana Gotham yang terawal dengan turut melibatkan peringkat awal bagi watak Bruce Wayne, Selina Kyle, Poison Ivy serta watak jahat yang lain seperti Penguin, Riddler, Joker, Scarecrow, Hugo Strange, Harvey Dent dan Mr. Freeze. 

Pegawai polis yang baru direkrut di Sarah Essen's Gotham City Police Department, Detektif James Gordon dengan rakan sepasukannya Harvey Bullock diarahkan untuk menyiasat kes pembunuhan berprofail tinggi, pembunuhan Thomas dan Martha Wayne. Sewaktu siasatan di tempat kejadian jenayah, dia menemui Bruce, anak pasangan terbabit yang kini dalam jagaan butlernya Alfred Pennyworth, yang mendorong Gordon untuk menangkap pembunuh berkenaan. Dalam usahanya, Gordon perlu berdepan dengan ketua geng, Fish Mooney, selain bertemu dengan Edward Nygma, Oswald Cobblepot dan Selina Kyle. Hubungannya bersama Bruce membawa kepada pembentukan wataknya di masa akan datang sebagai Batman.


Dibintangi Ben McKenzie, Donal Logue, Jada Pinkett Smith, Sean Pertwee, Robin Lord Taylor, Erin Richards, David Mazouz, dan Camren Bicondova


  
Sumber kegelapan: SINI  |  SINI   | 

Hiburan - The Following

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

 


The Following merupakan siri drama Amerika yang disiarkan di saluran Fox menceritakan tentang seorang bekas ejen FBI yang berusaha menangkap seorang pembunuh bersiri yang juga penulis buku bersama semua pengikut kultus pembunuhannya. Siri ini telah berlangsung selama 4 musim. Pada musim pertama, bertumpu kepada cubaan Ryan Hardy (Kevin Bacon) untuk menangkap semula pembunuh bersiri, Joe Carroll (James Purefoy) yang berjaya melepaskan diri dari penjara. Selepas beberapa siri siasatan, Ryan mendapati Joe dikelilingi oleh individu dan mereka yang taksub dengan tulisan dalam buku terbitannya yang pernah menemui Joe ketika dia mengajar atau dalam penjara. Mereka yang semuanya taksub dan terpengaruh mula menyertai Joe dalam kultus pembunuh yang fanatik. Penculikan anak Joe didalangi oleh pengikutnya sendiri merupakan langkah pertamanya untuk melepaskan diri daripada ditahan, cuba memalukan Ryan dan pasukannya dan bersama kembali dengan bekas isterinya Claire Matthews (Natalie Zea).

Musim kedua memaparkan kemunculan kultus lain diketuai Lily Gray (Connie Nielsen) dan anak kembarnya Mark dan Luke ketika kultus mereka mula berkembang dan berani membuat kenyataan umum untuk memaksa Joe keluar dari persembunyiannya sementara ramai yang menyangka dia sudah mati. Pegawai Weston direkrut kembali oleh Ejen Mendez dan pihak FBI diarahkan untuk mencari kultus baru ini. Sementara itu, Ryan dan anak buahnya Max membuat rancangan sendiri untuk menjejaki dan mencari Joe Carroll yang diketahui mereka masih hidup.

Dibintangi Kevin Bacon (Barbershop, A Few Good Men, X-Men First Class), James Purefoy (Camelot), Sam Underwood, Shawn Ashmore (X-Men), Jessica Stroup, Valorie Curry, Natalie Zea (Justified), dan Connie Nielsen


Sumber ikutan: SINI  |  SINI    |