MY FOLLOWERS

Saturday, February 12, 2011

Paranormal - Tanda-tanda Jin Memasuki Badan Seseorang

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Salam...


Tanda-tanda pada waktu tidur.
  • Sangat sukar untuk tidur pada waktu malam, kalau pun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  • Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  • Mimpi buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  • Mimpi yang menyeramkan.
  • Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  • Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  • Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  • Berperasaan sedih pada saat tidur.
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa disedari (sleepwalking).
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi sedang berada di kuburan, di tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  • Bermimpi melihat orang yang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  • Bermimpi melihat hantu.




Tanda-tanda pada waktu sedar atau terjaga
  • Kepala selalu rasa pusing, yang tidak disebabkab oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  • Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  • Fikiran yang kacau, selalu lesu dan malas, saraf yang tersumbat.
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

Rujukan:
  1. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.
  2. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad, Telaga Biru Publication Sdn. Bhd.
  3. Saka - Gangguan dan Rawatan, Hanafi Rahman El-Fesfanji, Ulul Albab Management Services.

Artikel - Jalan Yang Ditempuh

Credits to: Yahoo
Gambar ihsan: Yahoo Images


Salam...

Inilah jalan yang ditempuh oleh ulama-ulama sebenar dalam menegakkan agama Islam.


Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki – Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali – Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri – Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair – Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami
– Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri – Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi – Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Kita telah hidup dalam keadaan yang aman damai sedangkan mereka hidup di dalam kesusahan..Jadi apa yg kita telah lakukan untuk agama kita??

Wallahualam..


Sumber

Friday, February 11, 2011

Seni & Kreativiti - Pokok Hiasan Daripada Batu Jed

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Dashboard, Yahoo Images


Assalamualaikum....





Festival Songket dan Batik ini sebenarnya telah diadakan pada 25.11.2010 yang lalu, cuma hanya pada kali ini baru saya berkesempatan untuk memaparkan sedikit hasil daripada festival berkenaan berikutan timbul masalah yang tidak dapat dielakkan.  :-]

Di festival berkenaan, saya sempat singgah di satu booth yang menjual perhiasan berbentuk pokok dengan daunnya diperbuat daripada batu jed asli. Selain itu, di booth itu juga dijual gelang jed untuk tujuan perubatan. Ini sebagaimana dinyatakan sendiri oleh pengusaha jed berkenaan. Ada berbagai jenis dijual dan orang ramai diberikan peluang untuk mencuba dan merasai sendiri kesan pemakaian gelang jed berkenaan. (Maaf kerana tidak sempat mengambil gambar ketika itu)






Saya sendiri sempat meluangkan masa mencuba gelang berkenaan. Kesannya dapat saya rasakan selepas lebih kurang 30 minit. Sekali sekala terasa mencucuk-cucuk di beberapa bahagian tubuh. Kata pengusaha berkenaan, itu adalah kerana ada masalah angin dalam badan. :-) Selain dalam bentuk gelang, juga terdapat dalam bentuk rantai dan bracelet. Harganya ada sehingga RM200 seutas.

Sekiranya festival ini diadakan lagi di masa akan datang, insyaAllah saya akan post maklumat terkini.

Wednesday, February 9, 2011

Animasi - Supernatural

Kredit kepada: Yahoo, Youtube
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum......



Sebelum ini saya menyiarkan post mengenai animasi Iron Man. Di sini satu lagi siri animasi baru yang diadaptasi daripada siri tv popular - Supernatural. Siri ini masih mengekalkan watak Sam Winchester dan Dean Winchester selaku watak utama sebagaimana siri tv-nya. Begitu juga kereta dan beberapa peralatan yang digunakan termasuk pistol Colt yang digunakan untuk menembak hantu. Turut ditambah watak sampingan iaitu Jess. Berita mengenai siri ini ada disiarkan dalam majalah Gempak baru-baru ini.



Jess


Dean dan Sam Winchester


Siri ini bakal memulakan siarannya pada Februari 2011 ini. Sebagaimana dinyatakan dalam majalah Gempak, terdapat beberapa episod dalam siri ini diambil daripada drama bersirinya. Siri animasi ini dihasilkan dengan kerjasama Warner Brothers (Jepun) dan Mad House dan dihasilkan sebanyak 22 episod. Dicipta oleh Eric Kripke dan diarahkan oleh Shigeyuki Miya dan Atsuko Ishizuka.


Supernatural Anime Trailer



Anda juga boleh melayari laman web berkaitan:

Tuesday, February 8, 2011

Artikel - Bahaya Soya Kepada Kesihatan

Credits to: Dr Zubaidi, HH
Gambar ihsan Yahoo Images


Salam...



Isu ini sebelum ini pernah disebut dalam post di blog lain. Sebentar tadi saya baru sahaja terbaca satu post di blog Hasrul Hassan, juga berkenaan isu ini. Mungkin ramai yang kurang mengetahuinya dan menyangka ia memberikan manfaat kepada kesihatan, tetapi AWAS, kerana ia sebenarnya boleh diibaratkan sebagai pembunuh dalam diam terhadap kesihatan individu. Di sini saya petik sebahagian daripada artikel berkenaan buat tatapan pembaca sekalian:

"Something to take note of. This is my true story, nothing altered. These are facts, as they relate to my experience, my opinions based on what I have read and felt. I am relating them to warn other young health-conscious women who are unwittingly harming themselves.

In 1989, I graduated from high school in Texas and couldn't wait to hit the big college city. One of the changes I wanted to make was to eat healthier. Once I moved to health-conscious Austin, Texas, I began to fortify my body with the best and healthiest foods I could find. Tofu was the main ingredient in every healthy dish and I bought soya milk almost every day. I used it for everything from cereal to smoothies or just to drink for a quick snack. I bought soya muffins, miso soup wth tofu, soyabeans, soyabean sprouts, etc.

All the literature in all the health and fitness magazines said that soya protected you against everything from heart disease to breast cancer. It was the magical isoflavones, the estrogen-like hormones that all worked to help you stay young and healthy . I looked great, I was working out all the time, but my menstrual cycle was off. At 20, I started taking birth control pills to regulate my menstrual cycle. In addition to this I began to suffer from painful periods. I began to get puffy, it was as though I was losing my muscle tone. I began to suffer from depression and getting hot flashes. I mistook all this for PMS since my periods were irregular. By the time I was 25, my periods were so bad I couldn't walk. The birth control pills never made them regular or less painful so I decided to stop taking them. I went on like this for another two years until I realized my pain wasn't normal. At 27, my gynecologist found two cysts in my uterus. Both were the size of tennis balls. I went through surgery to have them removed and thank God they were benign. The gynecologist told me to go back on birth control pills. I didn't.

In 1998, he discovered a lump in my breast. Again, I went through surgery and again it was benign. In November 2000 my glands swelled up and my gums became inflamed. Thinking I had a tooth infection i went to the dentist who told me that teeth were not the problem. After a dose of antibiotics the swelling still did not go down. At this point I could feel a tiny nodule on the right side of my neck. I told my mother I had thyroid trouble. She think I was being silly. No one in the family suffered from thyroid trouble. Going on a hunch I saw a specialist who diagnosed me with Papillary Thyroid Carcinoma. After a series of tests he told me it was cancer. My fiance and I sat stunned. We were not prepared and I was so scared. We scheduled surgery right away. The specialist told us that it would only be after the operation that a pathologist would be able to tell us for sure if it was cancer. They found a tumor at my right lobe composed of irregular cells and another smaller tumor growing on the left, so the entire thyroid was removed. They told me that after undergoing radioactive iodine I would be safe and assured me that I could live a long life. After treatment I began to search for the cause of all these problems. I never once thought it could be all the soya I had consumed for nearly ten years. After all, soya is healthy. I came upon a web page that linked thyroid problems to soya intake and the conspiracy of soya marketed as a health food when in fact it is only a toxic by-product of the vegetable oil industry. This was insane, afterall, the health and fitness magazines had said nothing about soya being harmful. I visited a herbalist who was diagnosed with thyroid cancer in 1985.She informed me that soya was the culprit. She had a hysterectomy due to cysts and other uterine problems. A few months later another acquaintance who had consumed soya came down with thyroid cancer. A girl in England I met through the internet in a thyroid cancer forum had just undergone surgery and she was only 19.

What was going on ?
Breast cancer is linked to estrogen. What mimics estrogen in the female body, SOYA! But I never suspected soya because until now I never once found a single article that stated soya could be dangerous. Women who took soya prior to thyroid problems will continue to take it after if they are not aware of what soya actually does, what it contains and how it reacts in the female body. I think this is the reason that women with thyroid cancer often develop breast cancer later.

My co-worker is big into soya and I see her losing hair and gaining weight despite a walking workout during her break and after work, and apples and oranges for lunch. She just had cysts removed from her uterus too. I warn her to stay off soya. I refer her to websites but until it is on the evening news on all four networks, women will suffer. Since the thyroidectomy. I do not touch soya, haven't for two years.

Dear readers, please use my story in any way you can. There are so many young girls who are consuming soya because they think they are taking care of themselves, and women taking soya because they want to be healthy. It is so unfair that the information about the dangers of soya isn't more widely circulated. It is sad. There are many out there who feel this way and it is a terrible blow when you realize you are not as healthy as you thought and that the information that you depended on was wrong.

Regards
Jenny Rettig International Sales Assistant Kaba Gallenschutz GmbH"


Selain di atas, anda juga boleh merujuk tulisan Dr Zubaidi berkenaan isu ini.

Sunday, February 6, 2011

Sekadar Luahan - Kerja Sementara

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum...

Setelah hampir sebulan setengah berhempas pulas mencari pekerjaan, alhamdulillah saya kini berpeluang sekali lagi berada di alam pekerjaan, walaupun berjawatan sementara sebagai guru ganti di Sekolah Kebangsaan Gong Badak bermula hari ini sehinggalah 1.3.2011 nanti sebagaimana dinyatakan dalam surat tawaran dari PPD. Mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah rendah tidaklah sukar, cuma perlu perbanyakkan latihan ketika dalam kelas bagi mengelakkan murid-murid berkeliaran atau berasa bosan. Jadual kelas juga tidaklah begitu ketat.


English hancusss  :-D


Walaupun begitu, Matematik masih menjadi subjek opsyen pertama saya untuk diajar sekiranya ditawarkan untuk mengajar.

Mungkin ini rezeki untuk satu jangkamasa pendek memandangkan saya belum memiliki kerjaya tetap. Namun saya masih bersyukur kerana diberikan peluang sekali lagi untuk berada di alam pekerjaan.


p/s: Senyum lebar...