Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kau ni ada jeeee pot-pet-pot-pet-pot-pet....
Ramai orang selalunya akan berasa seperti mahu sahaja merungut setiap kali sama ada terhadap seseorang atau sesuatu yang membuatkan kita berasa marah, kecewa atau tidak puas hati.
Biasanya ia dilepaskan melulu terhadap setiap kesalahan yang dibuat, sehinggalah ada yang semacam tunduk dan akur dengan apa yang diluahkan itu, barulah si empunya badan rasa puas hati. Malangnya ia tidak akan mengubah apa-apa dan bila kesalahan itu berulang lagi, empunya badan akan merungut lagi dan lagi, dengan keadaan yang sama.
Merungut akan membuatkan empunya badan berasa lega tetapi ia tidak produktif. Masalah akan terus wujud sehingga empunya badan habis aura negatif itu.
Mungkin 5 perkara di bawah boleh dicuba untuk mengubah keadaan, berbanding berterusan merungut.
1 - Bertindak
Kalau anda tiada keinginan untuk bertindak untuk perbaiki keadaan, anda tidak seharusnya terus merungut. Kenal pasti dahulu apa masalahnya, cari penyelesaiannya dan mula usahakan untuk selesaikannya. Jangan putus asa dahulu bila berdepan sebarang cabaran atau yang menyekat anda. Teruskan usaha hingga masalah dapat diselesaikan. Anda akan beroleh lebih kepuasan berbanding merungut.
2 - Buat aduan secara efektif
Di tempat kerja, anda kenalah ajukan aduan berkaitan kepada pihak yang betul supaya sesuatu boleh dilakukan untuk perbetulkannya. Luahkan dan himpunkan semua usaha dan sokongan bagi aduan itu supaya pihak pengurusan boleh ambil tindakan. Beri penekanan kepada kelebihan pada perubahan itu untuk tingkatkan tahap kejayaan anda.
3 - Lihat dari perspektif berbeza
Ini agak susah untuk dibuat, terutama kalau masih terlalu fokus pada sudut negatif. Fikirkan kalau apa yang dirungut itu berbaloi. Ubah ikut keadaan dan lihat dari sudut berbeza. Gunakan situasi sebagai pengajaran dan ambilnya sebagai peluang.
4 - Biarkan sahaja
Ada sesetengah perkara yang memang tidak boleh diubah atau di luar kawalan. Buat apa sibuk dengan perkara yang tidak menggembirakan? Biarkan ia pergi, redha dengan keadaan itu, fokus pada perkara yang betul, pilihlah untuk gembira dan teruskan.
5 - Ubahlah diri sendiri
Ada sesetengah perkara boleh menjadi lebih baik bila anda ubah bagaimana anda lakukannya. Kalau anda bekerja dalam pejabat terbuka luas dan bising, gunakan fon kepala. Kalau rasa pejabat terlalu sejuk, bawalah baju kot.
Merungut bukan selalunya perkara yang buruk. Adakalanya orang hanya mahu luahkan emosi dan berasa lebih baik mengenainya. Kalau ia menjadi tabiat buruk yang memberi kesan emosi kepada diri dan kawan di sekeliling, itulah masanya untuk berhenti dan fikir untuk ubah sikap anda.
Sumber banyak merungut lepas geram: SINI |
No comments:
Post a Comment