MY FOLLOWERS

Monday, January 15, 2018

Sekadar Luahan - Tokey Buat Hal, Kuli Pun Kena Sama!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Ketika insiden, tinggal dua hari sahaja lagi sebelum pergi ke Kemaman untuk satu acara di sana, atas jemputan daripada pengurus acara yang pernah bekerjasama dengan kami bulan lalu. Acara itu akan dibuat selama 3 hari berbanding sebelum ini selama 6 hari. Buat masa ini, sempatlah kendalikan program sama di sebuah maahad tahfiz di sini. Program bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi sahaja bagi mengisi slot jadual pelajar Pasti. Bayaran pun biasa-biasa sahaja tetapi cukup untuk tampung belanja di Kemaman nanti. 

Tengahari itu ketika sedang minum selepas pulang, kawan saya dapat satu mesej WhatsApp daripada kenalan lain yang bertanya status kerja kami di kedai memanah yang dahulu. Katanya kami sudah berhenti dan sekarang sudah usahakan kedai sendiri. Ingatkan sekadar tanya khabar tetapi ada isu lain. 

Pada malamnya, dapatlah tahu apa ceritanya. Ia tentang si tauke kedai itu dengan pekerjanya yang seorang itu. Kenalan itu tanyakan bagaimana orangnya itu ini begitu begini. Sebabnya si tauke baru-baru ini sudah tempat beberapa barang daripadanya dan kemudian ada satu barang yang dihantar tidak sampai ke tangan si tauke. Si kenalan pula terkejut, manakan tidaknya, sebab dia sudah hantar semua barang itu sekaligus dan rasanya tidak logik pula kalau pihak pejabat pos yang ambil. Kalau mahu diambil pun, mahu buat apa? 

Lagipun sudah ramai yang tahu perangai buruk si tauke kedai itu yang selalu pesan barang secara hutang. Ambil dahulu, dapat komisen baru bayar. Kiranya itulah caranya, tetapi dia biasanya tidak bayar penuh dahulu. Banyak bahagian komisen masuk poket sendiri dahulu. Rekod bertulis satu habuk pun tak ada! Satu sen duit pun tak boleh jejak. Mana yang masuk dalam akaun kedai, mana yang masuk dalam poket dan berapa jumlah pun tak tahu!

Jadinya, kawan saya pun beritahu tentang perangai buruk tauke dan berapa ramai yang sudah berhenti berurusan dengan tauke itu sebab barang kedai mereka pun jadi berhutang. Kalau bayar pun lambat dan separuh-separuh dan ambil masa pula mahu langsai. Bisnes orang lain habis terjejas juga. Mana-mana pembekal pun sama. Dengan kata lainnya, isu besar di sini ialah DUIT!


Kau buat keje ni baik-baik sikit. Kalau tak, nanti dealer taknak buat bisnes dengan kita lagi, tau?!
Ye, ye.. tahu...


Kawan saya pun minta saya periksa keesokannya tentang status barang yang hilang dalam penghantaran itu, betul atau tidak ia tak sampai. Manalah tahu kalau ia satu penipuan. Sebab harga barang pun dalam RM200 dan bukannya jenama sebarangan. 

Satu lagi kalau barang sudah sampai, betul ke pekerjanya yang buka pakej? Disebabkan keadaan ini, si kenalan pun buat keputusan ini kali terakhir dia berurusan dengan tauke tak guna tu. Jadi petang tadi, saya pun ke kedai si tauke untuk pastikannya. Kata pekerjanya yang bendul tu, van penghantaran hanya hantar barang lain dalam senarai. Barang yang harga RM200 itu memang tak ada. 


Pulak dah!

Sekarang ini bukan setakat tauke, habis sampai ke pekerja dia pun dicari sama. Nasib baik la kita ni dah berhenti.. hahahaha

No comments: