MY FOLLOWERS

Thursday, March 2, 2017

Artikel - Tuan Kedai Tiada Ilmu, Menyusahkan!

Kredit kepada: Owner
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Sejak bermulanya cuti sekolah, hinggalah sekarang, musim hujan masih berterusan. Hanya sekali-sekala sahaja berhenti, paling tidak pun untuk sehari. Bolehlah juga merasa cuaca panas dan keringkan beberapa helai baju.. hehehehe

Kalau sudah terlibat dengan bisnes yang perlukan kerja di luar atau outdoor, memanglah menjadi satu cabaran buat masa ini. Lagi teruk, bila lapang sasar juga tidak terlepas daripada penangan cuaca yang turut disertakan dengan angin kencang. Habis terjejas papan lapis yang menjadi penghadang belakang lapang sasar. Bulan lepas, kejadian angin kencang ini telah tumbangkan bahagian beratap di kawasan ini. Papan lapis pula tunggu masa sahaja untuk diganti, selepas ada bajet nanti.

Maka buat masa ini, tidak ramailah yang datang untuk bermain. Kalau datang pun, biasanya mereka akan telefon dahulu dan kami akan layan mereka memanah kalau keadaan cuaca baik. Kalau tidak, duduk sahajalah dalam kedai sementara tunggu hujan reda sedikit untuk ke kereta masing-masing   :-)  

Petang tadi, agak bernasib baik sebab hujan turun betul-betul lepas selesai orang memanah.

Masuk sahaja dalam kedai, ada juga beberapa isu perangai manusia dan berkaitan segolongan manusia yang jenis 'tak makan saman' yang diungkitkan. Ceritanya termasuk juga hal piala pusingan yang sudah sebulan tidak dipulangkan. Sudah puas juga dipesan, namun belum ada sebarang tindakan.





Itu belum lagi cerita perangai bodoh bebal tidak boleh diajar bagi segolongan yang berserban. Kisahnya bila orang gantikannya untuk uruskan kedainya minta senarai belanjawan kedai dari awal tahun. Bila dia kata sahaja 'tak perlu buat belanjawan', apa lagi melentinglah semua ahli mesyuarat malam itu. Sebab tidak boleh tahan, maka naiklah status panjang berjela di Facebook dengan kecaman keras dan dituju dengan perkataan 'bodoh'. Itu baru permulaan. Yang lagi sakit hati, duit bayaran daripada salah satu pelanggan yang sudah masuk dalam akaun syarikat, dimintanya pula masuk dalam akaun peribadi. Alasannya untuk ganti semula duit yang didahulukan kepada pembekal dan sebahagian lagi untuk peribadi.


Apa???!!

Sebabnya, duit itu sepatutnya adalah duit pendapatan syarikat. Bahagian untuk pendapatan peribadi sudah ditetapkan sebanyak 10% daripada jualan. Kalau kecil jumlah yang dapat, maka kecillah angkanya. Begitulah sebaliknya. Nasiblah kalau duit itu tidak cukup pada hujung bulan atau boleh makan apa, itu bukan urusan orang lain. Orang lain tidak perlu tahu. Fikirlah sendiri. Siapa yang tetapkan? Dialah yang buat semua tu! Yang menyakitkan hati, jumlah duit diminta itu jauh lebih daripada bahagiannya yang 10% itu. Itu sudah makan duit modal dan itu memang melampau!

Sudahnya, penggantinya rujuk sendiri pada juruaudit akaun. Rupanya bila akaun disusun, banyak yang tidak imbang. Sebabnya tuan kedai tidak rekodkan urusniaga! Yang dapat imbang hanyalah akaun bank. Selebihnya rekod pembelian dan penghantaran stok daripada pembekal.

Ada persoalan timbul, bila dia ke luar negara, siapa orang kaya yang menaja dia ke luar negara kononnya untuk kerja dakwah itu? Boleh jadi ke kalau duit pelanggan itu yang digunakannya?


Buka kedai tetapi akaun syarikat tidak terjaga. Satu rekod akaun pun tiada. Duit masuk dan keluar pun caca marba. Asal datang ke kedai pun bukannya bawa buku lejer untuk rekod, tetapi bawa telefon dan kunci kereta. Berangan besarnya pun macam-macam. Macam mahu takluk bisnes seluruh negeri, tetapi habuk pun tarakk! Asal nampak peluang, mulalah minta persen (%) masuk akaun. Pantang nampak orang lain mahu buka bisnes, mulalah bodek orang 'bernaung' di bawah nama kedainya. Macamlah nama kedai dia setara Nike atau Adidas. Supaya dapat masukkan duit ...dalam akaun kedai atau dalam poketnya? Berapa banyak masuk dalam akaun kedai? Keeee masuk dalam akaun sendiri?! Bukannya buat kerja sangat di kedai, banyak cuba cari untung atas angin sahaja! Tup-tup, hidupkan enjin kereta dan balik atau ke mana-mana. Hutang dengan pembekal dan tuan yang beri sewa pun banyak belum langsai. Sudahnya, penggantinya pula dapat surat daripada tuan pemberi sewa. Itu yang lagi buatkan ramai yang marah!


Terasa sahaja tangan semakin gatal mahu lepaskan penumbuk, tapi terpaksa juga tahan sehingga 2 bulan lagi selepas dia balik dari luar negara. GGGGrrrrgghhh!!!



No comments: