Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kalau mahu kira berapa banyak spesis haiwan yang hidup di dunia ini, rasanya tidak terjangkau dek akal. Meletihkan, buang masa dan tenaga. Pengkaji sendiri pun tidak pasti berapa jumlahnya, dan yang paling banyak tidak terkira ialah mikrob.
Kini pengkaji cuba menggunakan kaedah matematik untuk menganggarkan jumlahnya termasuk hidupan mikro dan makro. Pengkaji menganggarkan jumlahnya mungkin sebanyak 1 trilion.
Kajian adalah mengikut ukuran skala yang meramalkan perubahan secara berkadar yang menghubungkan antara 2 pembolehubah.
Pengkaji di Universiti Indiana, Kenneth Locey dan Jay Lennon menganalisa sumber data diperoleh daripada 20,376 tapak untuk bakteria, arkean dan fungus mikroskopik dan 14,862 tapak untuk pokok, burung dan mamalia. Menggunakan jumlah lebihan secara individu, pengkaji kini mampu menggunakan peraturan skala yang mengaitkan sejumlah organisma secara individu hingga ke jumlah spesisnya.
Kaedah itu turut membawa kepada anggaran jumlah spesis mikrob di bumi antara 100,000,000,000 hingga 1,000,000,000,000 (1 trillion).

"Sehingga kini kita masih belum tahu tentang aspek skala biodiversiti dengan sesuatu yang semudah lebihan organisma. Hasilnya, hubungan itu bukan sahaja mudah tetapi juga kuat, membawa kepada jumlah anggaran setinggi 1 trilion." kata Locey dalam satu kenyataan.
Dianggarkan terdapat sehingga 100 trilion sel bakteria secara individu dalam tubuh manusia dan 10^30 nonilion bakteria secara individu dan sel-sel arkean di bumi. Hal itu dinyatakan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences. Jika individu ini mewakili 1 trilion spesis, maka akan semakin sedikit diketahui tentang hidupan mikroskopik di bumi. Hanya 100,000 gen spesis mikrob berada dalam jujukan, selebihnya 10,000 spesis lagi dibiakkan di makmal.
"Hasilnya menunjukkan mikroorganisma adalah 100,000 kali berpeluang untuk ditemui dan 100 juta lagi untuk diterokai sepenuhnya." kata Lennon.
Untuk mendapatkan jumlah spesis mikrob yang tepat adalah sukar. Anggaran sebelum ini menunjukkan antara 10 juta dan 1 bilion, berdasarkan kajian semula pada 2004 dalam jurnal Microbiology and Molecular Biology Reviews. Kajian pada 2011 pula dalam jurnal PLOS Biology menyatakan jumlah spesis pada 8.7 juta tetapi kaedah kajian mengira kewujudan bagi hanya 10,000 spesis bakteria, yang bercanggah dengan kajian pada 2004 yang meletakkan jumlah minimum bagi spesis bakteria serendah 35,000 sahaja.
Bukan hidupan mikrob sahaja, hidupan bukan mikrob juga ada anggaran jumlah spesis yang berbeza. Pengkaji melaporkan pada 2014 dalam jurnal Trends in Ecology and Evolution yang anggaran jumlah spesis di planet ini telah gagal untuk menumpukan kajian selama 6 dekad. Anggaran itu menganjur dari 0.5 juta ke 10 juta dan tidak konsisten secara logik.
Sebaliknya, satu kajian diterbitkan dalam jurnal Science pada 2013 mencadangkan kalau ada kemahuan, di situ ada jalan. Penulisnya berkata ia mungkin memakan kos antara $500 juta hingga $1 bilion setahun selama 50 tahun untuk menerangkan mengenai kebanyakan spesis di bumi.
Sumber spesis banyak tak terkira: SINI |

No comments:
Post a Comment