Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Menurut para saintis, piramid Giza di Mesir mungkin mengandungi sesuatu yang sebelum ini dikenali sebagai 'kaviti'. Saintis menggunakan radiografi untuk mengesan monumen yang sudah seribu tahun usianya.
Pihak kementerian antikuiti di sana mengumumkan penemuan 2 anomali dalam piramid itu yang dibina 4,500 tahun lalu ketika era Raja Khufu yang diuji saiz, sifat dan fungsinya.
Piramid Khufu dengan tinggi 146 meter atau 480 kaki, dinamakan sempena nama anak firaun Snefru, dikatakan antara 7 keajaiban dunia purba. Ia ada 3 kamar, yang dibina sebagai makam seperti juga piramid Mesir yang lain.

"Kita sekarang dapat mengesahkan kewujudan 'ruang kosong' yang tersembunyi di belakang sisi utara, yang mungkin satu bentuk sekurang-kurang satu koridor menuju ke dalam Piramid Besar," kata saintis dalam satu kenyataannya.
Satu lagi kaviti ditemui di lereng sebelah timur laut, kata pengkaji yang menggunakan radiografi dan binaan semula 3D dalam kajian mereka.
Operation ScanPyramids bermula pada Oktober tahun lalu bagi mencari ruang tersembunyi dalam piramid Khufu dan Khafre di Giza, juga di piramid Merah dan piramid condong di Dahshur, semuanya di selatan Kaherah.
Projek ini menggunakan pelbagai teknik yang tidak memusnahkan seperti termografi inframerah, pengimejan radiografi muon dan binaan secara 3D. Muon adalah serupa dengan sinar-x yang boleh menembusi tubuh sehingga boleh membuat pengimejan tulang, dan boleh melalui ratusan meter sebelum diserap.
Pengesan yang diletak dalam piramid, di bawah kamar yang berpotensi, boleh merekod jejak partikel dan boleh menunjukkan kaviti di kawasan yang lebih padat.
Hujung 2015 lalu, Mesir mula mengesan makam Tutankhamun dengan radar di Lembah Raja-raja di selatan Mesir, selepas ahli arkeologi British membuat teori bahawa Nefertiti disemadikan dalam kamar rahsia di situ. Nicholas Reeves mencadangkan makam Tutankhamun sebenarnya makam Nefertiti, dan apabila raja lelaki itu mati secara tiba-tiba di usia muda, dia dikejarkan ke makam di bahagian luar kamar. Namun pakar di Mesir berbeza pendapat sama ada betulkah ada lagi bilik rahsia dalam makam itu dan diharapkan ada analisis lanjut dijalankan.
Sumber tiada bilik terselindung: SINI |

No comments:
Post a Comment