MY FOLLOWERS

Tuesday, March 28, 2017

Kesihatan - Apa Jadi Pada Tubuh Bila Selalu Angkat Beban Yang Sama?

Kredit kepada: Menshealth.com
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Bila membuat senaman yang melibatkan angkatan berat, biasanya kita akan gunakan jumlah beban yang sama setiap kali. Memang bagus untuk pilih beban yang sesuai dengan tahap anda bila di gimnasium, tetapi anda mungkin tidak akan dapat merasa kepelbagaian berat untuk diangkat bila berpeluh di rumah.

Pihak pakar berkata, jika tidak mengubah saiz beban untuk diangkat bermakna anda akan terlepas untuk merasa kebaikan yang ditawarkan. 





"Bila anda berlatih dengan beban yang sama setiap kali untuk jangka masa yang lama, badan anda akan terbiasa dengan rintangan pada tahap itu dan anda tidak dapat lihat pertambahan kekuatan otot dan saiznya." kata Jacque Crockford, pakar berkaitan kekuatan dan kondisi dan ahli fisiologi senaman di  American Council on Exercise. 

Boleh cuba bandingkan dengan berlari pada satu jarak atas pengisar injakan atau treadmill,  pada satu tahap, anda tidak akan lihat peningkatan lagi sebab anda tidak lagi mencabar tubuh anda. 

Bahagian penting untuk diberi perhatian - daya tahan otot

Daya tahan otot ialah keupayaan otot anda untuk menghasilkan daya pada satu tempoh dan ia penting untuk senaman dengan tempoh lama dan intensif, seperti marathon. Otot dengan daya tahan yang tinggi boleh membantu seseorang melalui kehidupan yang sibuk dengan penuh bertenaga, postur lebih baik dan mengurangkan risiko kecederaan.   


Jika ingin tahu sejauh mana daya tahan otot anda, contohnya kalau anda biasa membuat senaman shoulder press sebanyak 12 kali kemudian selepas satu tempoh, anda sudah boleh buat sehingga 20 kali, maka itu satu peningkatan. Tingkatkan jumlah rintangan adalah cara terbaik untuk pantau kemajuan anda.   

Meningkatkan rintangan sekitar 5% selepas satu tempoh adalah kadar yang sesuai. Jika jumlah itu masih terasa begitu banyak, boleh sahaja buat secara sedikit demi sedikit. 



Nak otot lebih sado:  SINI  |  


Artikel - NASA Perhatikan Objek Yang Keluar Dari Lubang Hitam Buat Kali Pertama

Kredit kepada: Galaxymonitor.com
Gambar ihsan: Galaxymonitor.com



Assalamualaikum.....



Bukti saintifik dan kepercayaan umum bahawa lohong hitam menyedut semua benda dan bukan memuntahkannya keluar memang betul, tetapi pihak NASA menemui pula satu bukti yang membingungkan di sekitar lohong hitam bersaiz besar dinamakan Markarian 335. Dua daripada teleskop NASA termasuk Nuclear Spectroscopic Telescope Array (NuSTAR),yang memantau apa yang dipanggil permulaan korona pada lohong hitam pada lohong tersebut. Peristiwa itu diikuti pula dengan denyut tenaga sinar-X yang besar.

Ini adalah kali pertama mereka menghubungkan permulaan korona dengan nyalaan. Menurut Dan Wilkins dari Universiti Saint Mary, itu akan membantu mereka memahami bagaimana lohong hitam besar memberikan kuasa kepada beberapa objek paling terang di alam semesta. 



Fiona Harrison, ketua penyiasat di NuSTAR, mengakui bahawa sumber tenaga itu masih misteri. Keupayaan untuk merekodkan peristiwa sebegitu dalam bentuk teori membolehkan untuk memberikan petunjuk kepada saiz Markarian 335 dan strukturnya begitu juga maklumat tentang sifat lohong hitam. Markarian 335 berada sejauh 324 juta tahun cahaya dari bumi.  


Diagram menunjukkan bagaimana sifat peranjakan dipanggil korona yang boleh menghasilkan nyalaan sinar-X di sekitar lohong hitam. Korona bertumpu ke dalam dan menjadi semakin terang sebelum ditembak keluar dari lohong hitam. Ahli astronomi tidak tahu kenapa korona boleh beranjak tetapi mereka mempelajari bahawa proses ini membawa kepada cahaya sinar-X yang lebih terang yang boleh dilihat menerusi teleskop.    


Meletup keluar dari lohong hitam:  SINI  |  




Sunday, March 19, 2017

Seni dan Kreativiti - Foto Terbaik Diambil Tanpa Menggunakan Photoshop

Kredit kepada: Brightside.me
Gambar ihsan: Brightside.me



Assalamualaikum.....

Manusia dan alam merupakan artis terbaik dan mampu menghasilkan karya yang hebat apabila kedua-dua elemen ini digabung bersama. Laman Bright Side telah menghimpunkan karya-karya yang merupakan gabungan alam semulajadi dan artis fotografi telah merakamkan banyak momen yang memaparkan kepelbagaian yang mengkagumkan gabungan kehidupan moden dan alam semulajadi.   



















Lebih banyak foto menarik:   SINI   |  



Friday, March 17, 2017

Hidupan Liar - Bentuk Hidupan Laut Dalam Yang Pelik-pelik....

Kredit kepada: Dailymail.com
Gambar ihsan: Dailymail.com

 
Assalamualaikum.....


Sebelum ini rancangan National Geographic dan beberapa lagi laman web lain pernah memaparkan bentuk hidupan yang pelik-pelik seperti ini untuk pengetahuan penonton. Memang, semakin dalam semakin banyak yang pelik diketahui. 

Kewujudan ekosistem yang penuh misteri di dasar laut memang sesuatu yang tidak boleh dilupakan. Banyak bentuk hidupan ada di sana.

Satu laman Twitter milik seorang nelayan Rusia menjadi tumpuan apabila memaparkan banyak penemuan aneh yang tidak dikenali. Nelayan ini bekerja di sebuah pelabuhan di barat laut Rusia dan dia mula kongsikan penemuannya bermula awal tahun ini sebagaimana dilaporkan oleh Moscow Times.

Nelayan ini, Fedortsov juga berkongsi penemuan ini di Flickr.  Antara yang dikongsi ialah jerung dengan gigi pelik, jerung hantu, labah-labah laut, haiwan seakan lintah, serta yang seperti tapak sulaiman.







Labah-labah laut, satu spesis antropod marin dengan 8 kaki yang panjang



Dengan mata buntang berwarna merah dan bibir merah, hanya dikenali sebagai spesis grenadier atau rattail. Boleh ditemui di dasar Artik ke Antartika.





Di kalangan nelayan, mereka masih tertanya-tanya ini spesis apa. 
Dengan rahang yang besar dan gigi tajam, boleh jadi ia ikan naga (dragonfish) dari kelompok Malacosteus






Jerung dengan gigi berlapis. Dikatakan sebagai relik hidup disebabkan ciri primitif dimilikinya


Spesis jerung laut dalam




Ikan dengan gigi besar hanya dikenali sebagai ikan sarung hitam (black scabbard fish)


Nelayan juga ada memaparkan foto spesis chimaera, satu spesis yang dikenali sebagai jerung hantu. Matanya akan menyinar bila terkena cahaya.



Membongkar misteri laut dalam:   SINI   |   


Seni dan Kreativiti - Yang Sebenar Itu Lebih Baik Daripada Photoshop

Kredit kepada: Brightside.me
Gambar ihsan: Brightside.me
 
Assalamualaikum.....


Sekali pun kalau ada yang mahir menggunakan perisian Photoshop untuk menjadikan sesebuah foto kelihatan seperti 'real', atau begitu hampir dengan yang sebenar, ia masih tidak boleh menewaskan foto sebenar yang diambil tanpa disunting menggunakan itu.

Persoalannya, bolehkah anda bezakan manakah yang sebenar dengan yang menggunakan Photoshop? Terpulang kepada anda....














Antara yang sebenar dan yang tipu:  SINI   |   


Artikel - Kisah Jutawan Senyap More Jutaria

Kredit kepada: Harian Metro, Laman Just Write Up dan Memang Lumayan

Gambar ihsan: Google Images
 
Assalamualaikum.....




Kuala Lumpur: “Sekarang ini orang pun dah tak tahu (lupa). Saya pergi mana pun bebas dan ini semua demi keselamatan keluarga,” kata Ahmad Samerin Dzulkifli, 48.

Bagi yang masih ingat, lelaki dari Bandar Pusat Jengka, Pahang ini pernah menggemparkan negara 25 tahun lalu apabila menjadi jutawan sekelip mata selepas membawa pulang wang tunai RM1 juta menerusi Kuiz More Jutaria pada 8 September 1991.

Ketika memenangi soalan terakhir kuiz siaran langsung anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dia baru berusia 23 tahun.

Dia ketika dihubungi Harian Metro semalam mengakui sengaja ‘menyembunyikan’ diri kerana tidak mahu lagi menonjol di khalayak di sebalik kisahnya yang pernah bergelar jutawan sebelum ini.

“Memang ramai hendak tahu (kisah) saya tetapi sengaja saya tidak mahu keluarkan balik cerita kemenangan dahulu atas pelbagai sebab.


Duit banyak simpan senyap-senyap:  SINI   |  SINI   |  SINI   |   


Artikel - Mammoth Hibrid Akan Jadi Kenyataan??

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
 
Assalamualaikum.....




Saintis di Universiti Harvard bercita-cita untuk 'menghidupkan' semula hidupan prasejarah dalam bentuk gajah mammoth. 

Pakar genetik dan kejuruteraan molekul Professor George Church menyatakan bahawa mereka mensasarkan untuk menghasilkan embrio hibrid gajah dan mammoth. Ia akan mempunyai ciri sebahagiannya gajah dan sebahagian mammoth dengan pelbagai genetik dipecahkan menggunakan penyunting genetik bagi memberikan ciri hidupan purba tersebut. 

Projek untuk menghasilkan haiwan ini bermula seawal 2015 atau sekurang-kurangnya 4000 tahun sejak ia pupus. Sejak itu pengkaji di makmal telah meningkatkan jumlah DNA gajah ini yang disunting untuk membuat gajah ini dari 15 unit ke 45. Kini mereka dalam proses untuk menghasilkan embrio. Kemudian merancang untuk meletakkan embrio ini ke dalam rahim buatan seperti ibu tumpang pada gajah betina. Kerja ini mungkin menjadi kenyataan pada abad seterusnya.


 Kalau rancangan ini berjaya, ia akan memberi dua kelebihan iaitu mengatasi kepupusan dan melawan perubahan iklim dengan menghalang permafros tundra dari mencair dan membebaskan gas rumah hijau ke atmosfera. 


Betulkah boleh jadi kenyataan:  SINI   |   





Thursday, March 2, 2017

Artikel - 5 Perkara Yang Tidak Patut Dibuat Ketika Temuduga

Kredit kepada: Cheatsheet.com
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Mike Smith, pengasas Sales Coaching 1, berkata ada satu perkara yang tidak betul yang biasa dibuat oleh sebahagian calon sebelum temuduga dan itu akan memberi kesan kepada kerjayanya. Kebanyakannya suka betul datang lewat ke tempat temuduga. Di sini ada beberapa lagi perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh calon:


1. Terlebih yakin

Anda bertuah kalau dipanggil ke temuduga tetapi itu bukan bermakna anda mendapat kerja yang diminta itu. Sekali pun kalau anda bersedia dengan temuduga susulan, janganlah berlagak macam andalah calon teratas atau pilihan sehingga surat tawaran yang sudah ditandatangani ada dalam tangan anda.

Mark Jones, pemangku presiden di Alexander Mann Solutions, berkata jangan anggap anda sudah dapat kerja itu kalau belum mendapat apa-apa surat lagi terutama kalau ada lagi beberapa langkah untuk dilalui. Mungkin anda diberitahu anda layak dan perlu ke temuduga seterusnya tetapi itu sekadar formaliti sahaja. Sekali pun kalau penemuduga maksudkannya, ia masih boleh terjejas kalau anda terlalu yakin.



2. Makan makanan berbau

Kalau anda jenis yang suka makanan pedas atau beberapa jam tidak merokok, mungkin anda perlu ubah tabiat itu sehari atau pada hari temuduga. Bau yang tidak enak akan menjejaskan keadaan ketika temuduga. Jangan merokok, makan makanan berbau sebelum temuduga. Berus gigi atau gunakan pembersih mulut atau yang berpudina untuk segarkan mulut anda.




3. Mengabaikan kepentingan guna tandas sebelum temuduga

Bila berada dalam bilik temuduga, sila berada di situ. Jangan ke mana-mana sehingga selesai. Walaupun bangun sekejap ke tandas, itu akan menyebabkan penemuduga hilang fokus pada anda. dan kalau anda abaikan keinginan ke tandas pun, itu akan menyebabkan anda pula hilang fokus ketika temuduga sebab fikiran hanya tertumpu untuk melepaskan hajat.


Anastasia Button, penulis #NewJobNewLife: The Millennial’s Take-Charge Plan for Success, berkata calon perlu selesaikan keinginan ke tandas sebelum datang ke temuduga sebagai jalan selamat daripada menyesal kemudian hari. Setidaknya 15 minit sebelum temuduga. Adakalanya akan ambil masa lebih lama daripada disangka dan boleh dapat kerja ketika itu juga. Adalah susah kalau pundi takungan menjerit di waktu yang salah  :-)  



4. Tiba terlalu awal

Semestinya teruja tetapi bukan bermakna anda perlu sampai terlalu awal dan berborak dengan penyambut tetamu. Calon perlu tunjukkan rasa hormat pada semua orang dengan tiba pada waktu yang munasabah. Keadaan itu akan membuatkan kumpulan temuduga berada dalam situasi pelik, itu akan membuatkan mereka terpaksa datang lebih awal atau tinggalkan anda tertunggu-tunggu lebih lama. Untuk selamat, pergilah dahulu ke mana-mana dan masuklah ketika 5 atau 10 minit sebelum temuduga.




5. Tidak bersedia dengan soalan

Ada beberapa perkara boleh diramal dalam proses temuduga tetapi ada perkara boleh dipertimbangkan kalau anda ada soalan untuk ditanya. Kena bersedia kerana itu akan berlaku.

"Salah satu cara paling berkesan untuk menonjol ialah bersedia dengan beberapa soalan yang berkesan. Tanya soalan selain 'siapa pesaing anda?' Soalan begini kurang menarik dan tidak perlu sebarang kajian, berbanding soalan yang tunjukkan pemahaman mendalam tentang produk, industri atau tugas itu sendiri. Biar perasaan ingin tahu terus menonjol tetapi tanya soalan dengan keinginan untuk lebih memahami peluang kerjaya itu." kata Jordan Wan, pengasas dan CEO bagi CloserIQ.

Tidak bersedia dengan soalan menunjukkan kurangnya inisiatif. Kesilapan paling teruk ialah tidak bertanya soalan di akhir temuduga. "Betul ke? Kita sudah tanya bermacam soalan tetapi tiada soalan daripada calon? Tidak berminat dengan tugasan sehari-hari? Bagaimana dengan orang sekeliling yang akan bekerja dengan anda? Bagaimana dengan alat dan teknologi yang diguna dalam syarikat? Jenis orang yang tidak bertanya soalan menunjukkan mereka ini hanya mahu bekerja 8 jam sehari, dapat gaji dan pergi begitu sahaja. Mereka hanya mahu ada kerja, bukan KERJA INI. Saya mahu orang yang prihatin dengan tugas, kerja dan syarikat. Kalau ada hanya satu soalan pun, biarlah ia soalan yang bernas." kata Pierre Tremblay, pengarah di jabatan sumber manusia di Dupray.



Tak pernah kantoi masa temuduga:  SINI  |



Kesihatan - 7 Sumber Makanan Bagi Melembapkan Kulit Dari Dalam

Kredit kepada: Bustle.com
Gambar ihsan: Google Images
 


Assalamualaikum.....



1. Ikan

Ikan berlemak seperti salmon, tuna, hering, dan trout ada kandungan asid omega-3 yang tinggi yang membantu mendapatkan kelembapan dan kekuatan kulit. Simptom kekurangan omega-3 antaranya kulit kering, jadi banyakkan makan ikan dan makanan kaya omega-3 seperti biji flaks supaya kulit kekal terhidrat.


2. Kekacang

Kekacang kaya dengan vitamin E yang mampu menjaga kulit. Vitamin E melindungi kulit daripada kerosakan sel oksidatif. Ia juga boleh melindungi kulit daripada sinaran UV. 




5. Tiram

Salah satu makanan yang mengandungi zink yang tinggi yang membantu membaiki kulit dengan membentuk kolagen, selain kacang, daging, dan germa gandum.




3. Avokado

Avokado kaya dengan vitamin E, lemak mono tidak tepu dan antioksidan lain. Buah ini bukan sahaja mengekalkan kelembapan kulit, ia juga mengelakkan kulit daripada penuaan dan mengurangkan inflamasi.
 


4. Keledek

Sayur ini kaya dengan beta karotin juga ada vitamin A yang membantu mengelakkan kulit kering. Antioksidan ini membantu membaiki tisu yang rosak dan menghalang penuaan pramatang.




6. Minyak zaitun

Minyak zaitun mengandungi vitamin E, lemak mono tak tepu dan asid omega-3, menjadikannya sumber nutrisi yang baik untuk kulit. Ia membantu melindungi kulit daripada sinaran UV dan masalah kulit seperti kekeringan dan ekzema.



7. Timun

Ia mengandungi silika  dan membantu meningkatkan kelembapan dan keanjalan kulit. Timun juga mengandungi vitamin A dan C yang membantu menenangkan kulit dan melawan kerosakan.



Sumber kulit lembap dan sihat:  SINI  |