Pernahkah anda mendengar mengenai sungai dalam sungai? Kedengarannya seperti aneh dan sukar untuk dipercayai. Sekiranya sungai ini benar-benar wujud, seharusnya ia akan menyedarkan dan menambahkan lagi keinsafan kita kepada Allah SWT, kerana segala sesuatu yang dicipta atau terjadi itu sama ada kita merasakan ia mustahil atau tidak, hanya akan berlaku dengan kekuasaanNya. Persoalannya, di manakah letaknya sungai ini?
Artikel ini agak menarik untuk dibaca, jadi di sini saya sertakan artikel mengenai sungai ini yang saya petik dari laman web berkenaan beserta gambarnya.
Sungai ini terletak di suatu kawasan di Cenote Angelita, Mexico. Di sana terdapat gua yang di dalamnya terdapat sungai air tawar jika kita menyelam sedalam 30 meter. Namun begitu jika kita menyelam sedalam 80 meter, maka kita akan dapati satu sungai yang terdapat di bawah sungai berkenaan yang berair masin. Ia benar-benar menyerupai sebuah anak sungai yang mengalir di bawahnya. Rupa bentuk pokok-pokok jelas dari batang dan ranting pokok dari atas dataran yang tenggelam di dasarnya.
Penulis pernah menyelam sedalam 80 meter scuba diving di Pulau Perhentian sewaktu berkhidmat dengan LKIM, boleh merasai bila melihat gambar berkenaan. 80 meter sebenarnya tidaklah begitu dalam namun kita akan merasai kesejukan air lebih-lebih lagi jika ianya air tawar.
Yang anehnya air masin berkenaan seolah-olah tidak bercampur dengan air tawar sungai berkenaan. Ia mengalir seperti sungai-sungai biasa di permukaan membentuk dan mengalir seperti biasa.
Para pengkaji mengatakan bahawa ia bukan sungai tetapi ia adalah lapisan hidrogen sulfida. Namun di sisi kia ia sebahagian daripada tanda-tanda kehebatan ciptaan Allah yang juga bersabit dengan firmanNya:
Dia membiarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, kemudian bertemu (pada pandangan mata); (19)
Di antara kedua-duanya ada batas yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; (20)
Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan? (21)
[Surah al-Rahman: ayat 19-21]
Sumber rujukan:
- Artikel laman web
- Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Cetakan Kedua 2006, Copyright of Yayasan Restu 2006
No comments:
Post a Comment