MY FOLLOWERS

Monday, December 30, 2013

Sekadar Luahan - Pecah Artikel, Renovate Format Tulisan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....



Baru-baru ini penulis ditanya kenapa blog ini seperti makin teruk atau 'kureng' berbanding sebelum ini yang mengetengahkan entri yang isinya agak panjang. Bagi penulis, sebenarnya bukanlah makin teruk cuma untuk tahun 2014 ini penulis bercadang untuk buatkan sedikit pembaharuan. Yang pertama sudah pun dilakukan berkenaan warna tulisan pada entri. Terima kasihlah pada kawan-kawan yang prihatin yang mencadangkan. Sangatlah dihargai :-) 

Seterusnya penulis cuba juga menggunakan beberapa istilah dari bahasa Inggeris dalam ayat-ayat dengan gaya tulisan lebih catchy supaya maksud apa yang ingin disampaikan itu lebih sampai kepada pembaca. Penggunaan bullet point juga akan membantu. Selain itu, kalau sebelum ini ada artikel diambil dari sumber lain dan diterjemah secara agak terus tetapi kali ini penulis sudah pun bergerak selangkah lagi dengan memasukkan juga pandangan dan apa yang difahami berkaitan sesuatu tajuk yang ingin disampaikan. 

Ada sesetengah sumber mempunyai isi kandungan yang agak panjang. Di sini penulis pertimbangkan satu idea iaitu sekiranya perlu, mungkin penulis akan pecahkan artikel berkenaan sesuatu tajuk itu dalam beberapa bahagian. Tidak kiralah dalam segmen mana pun entri berkenaan sama ada Artikel, Animasi, Berita, Paranormal atau yang lain-lainnya. Ini untuk mengelakkan pembaca daripada menjadi bosan atau letih membacanya sebab panjang yang menjela-jela. Penulis cuba untuk kongsikan artikel dengan kandungannya yang tidak terlalu panjang, sebolehnya ringkas dan mudah difahami. Penulis sendiri rasakan cara ini juga akan memudahkan penulisan dan tidak terlalu membuang masa. Walaubagaimanapun, format baru ini nanti tidak akan lari jauh daripada format yang asal. Tajuk pada segmen juga dirancang agar lebih santai dan kena dengan isi entri berkenaan. 

Setakat ini, itulah sahaja idea yang terlintas. Kalau ada lagi idea yang baru, itu akan dilaksanakan kemudian.

No comments: