Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum....
Pernahkah anda lalui keadaan teringinkan makan yang manis? Jika ya, mungkin anda ketagihkan gula. Kajian terkini menunjukkan adanya persamaan antara pengambilan gula berlebihan dan ketagihan dadah. Satu kajian mendapati keinginan terhadap gula lebih mendesak berbanding ketagih kokain. Makanan yang menyelerakan seperti pizza, pasta, atau roti putih semuanya tinggi dengan kandungan gula. Mengambil gula membebaskan opioid dan dopamin ke dalam tubuh. Kedua-dua bahan kimia ini secara asasnya memberikan rasa senang dan gembira ke otak dan membantu badan menghalang rasa sakit. Sifat ketagihan gula secara semulajadi ini selari dengan pengambilannya secara berlebihan mendorong saintis dari University of California di San Francisco mencadangkan penggunaan gula dikawal seperti alkohol dan tembakau yang dijadikan bahan kawalan.
Antara soalan perlu ditanya untuk tahu sama ada anda ketagihan gula:
Antara soalan perlu ditanya untuk tahu sama ada anda ketagihan gula:
- Adakah anda teringinkan makan makanan menyelerakan seperti pizza atau pasta atau seumpamanya bila berasa sedih atau murung?
- Adakah anda rasa bersalah bila ambil sejumlah gula bila makan?
- Pernahkah anda cuba kurangkan jumlah gula diambil dan tidak berjaya?
- Pernahkah anda tidak dapat habiskan hidangan tanpa perlu makan apa-apa yang manis?
- Pernahkan anda teringinkan sesuatu yang manis untuk dimakan atau diminum ketika waktu tengahari?
Kalau jawapannya YA pada mana-mana soalan di atas, anda mungkin alami ketagihan gula.
Untuk itu, anda boleh lakukan proses penyahtoksikan gula dengan cara:
- Buang pemanis tiruan - sebab ia 200-700 kali lebih manis daripada gula biasa dan menyebabkan anda lebih mahukan gula.
- Belajar untuk tahu gula ada banyak nama dan pastikan ia tiada dalam produk yang anda mahukan.
- Elakkan makanan yang boleh mencetuskan keinginan anda untuk makan lebih banyak yang manis-manis atau ada karbohidrat seperti tepung, jagung, kentang, pisang, nenas atau tembikai. Sebaliknya, makanlah sayuran hijau dan yang tinggi fiber seperti epal, beri biru dan sitrus.
KLIK SINI untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment