MY FOLLOWERS

Thursday, December 26, 2013

Kesihatan - 10 Makanan Terbaik Dengan Vitamin dan Mineral - Bhgn I

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....



Vitamin A

Vitamin A sangat perlu bagi sistem imuniti tubuh, sifat reproduktif dan penglihatan. Dalam vitamin A ada beta-kerotin yang membantu kornea, retina dan membran mata untuk berfungsi dengan baik. Terdapat dalam bayam, ikan, susu, telur, dan lobak.

Vitamin B6

Vitamin B6 merupakan 6 kompaun berbeza yang mempunyai kesan serupa pada tubuh, membantu membentuk hemoglobin, menstabilkan gula dalam darah dan membina antibodi bagi melawan penyakit. Terdapat dalam ikan, ayam, chickpea atau kacang garbanzo.

Vitamin B12

Vitamin B12 penting untuk kesihatan fungsi sistem saraf, pembentukan DNA dan sel-sel darah. Ia membantu menentang anemia yang menyebabkan keletihan dan kelemahan. Kima yang dimasak mempunyai 84 mikrograms (mcg) dalam jumlah ambilan 3 auns. Vitamin B12 banyak terdapat dalam ikan trout, salmon dan tuna, turut menjadi tambahan dalam bijirin sarapan.

Vitamin C

Vitamin C merupakan antioksidan penting dan antara ramuan diperlukan dalam banyak proses tubuh. Ramai yang ingat buah-buahan sitrus banyak vitamin C tetapi lada merah manis ada lebih banyak vitamin dengan 95 mg per hidangan. Juga terdapat dalam buah kiwi, brokoli, kubis.


Kalsium

Kalsium merupakan mineral penting untuk tubuh. Hampir 99% disimpan dalam tubuh bagi menguatkan gigi dan tulang dan selebihnya digunakan untuk menguatkan saluran darah, fungsi otot, komunikasi sel dan rembesan hormon. Terdapat dalam banyak produk tenusu, yogurt rendah lemak ada 415 mg (42% DV) per hidangan. Sayuran hijau seperti kale dan kubis cina juga antara sumber kalsium yang juga boleh didapati dalam jus buah-buahan dan bijirin.


Vitamin D

Vitamin D dijana sendiri oleh tubuh apabila terdedah dengan sinaran matahari, membantu penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang, pertumbuhan sel, kekebalan tubuh dan mengurangkan keradangan. Sumbernya dari ikan todak, salmon, dan makerel. (Minyak ikan kod ada 1,360 IU per sudu, ikan todak ada 566 IU, atau 142% DV.) Ramai ambil vitamin D menerusi sumber seperti susu, bijirin sarapan, yogurt, dan jus oren.


Vitamin E


Vitamin E ialah antioksidan yang kuat yang melindungi sel daripada molekul bebas yang berbahaya. Penting kepada kekebalan tubuh dan kesihatan saluran darah dan pembekuan darah seperti ketika terluka akibat sesuatu kecederaan. Minyak gandum ada banyak vitamin E berbanding sumber lain (20.3 mg per hidangan atau 100% DV), ramai yang ambilnya daripada biji bunga matahari.


Folat

Untuk wanita hamil, folat ialah sejenis vitamin B yang perlu diambil bagi mengelakkan kecacatan kehamilan. Selain itu, ia juga membantu membentuk tisu baru dan protein. Folat terdapat dalam banyak makanan seperti sayuran hijau, buah-buahan, kekacang, dan produk tenusu. Jika daging bukan pilihan makanan anda, gantikannya dengan sayur bayam sebab ia mempunyai 131 mcg per setengah cawan (bayam direbus). Asid folik terdapat dalam roti, bijirin dan gandum.


Zat Besi

Protein dalam tubuh menggunakan zat besi sebagai kenderaan mengangkut oksigen dan pertumbuhan sel. Zat besi banyak terdapat dalam hemoglobin, protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke tisu seluruh tubuh. Zat besi terdapat dalam sumber haiwan seperti daging, ikan, dan sup. Dalam sumber tumbuhan ia terdapat dalam lentil dan kekacang.


Vitamin K

Vitamin K antara yang penting dalm proses pembekuan darah. Tanpa unsur ini, tubuh tidak mampu menghentikan pendarahan apabila berlaku sebarang kecederaan. Sayuran hijau antara sumber penting bagi vitamin K juga dikenali sebagai phylloquinone.




KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.


No comments: