MY FOLLOWERS

Monday, December 30, 2013

Kesihatan - 10 Makanan Terbaik Dengan Vitamin dan Mineral - II

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images

 
 
Assalamualaikum.....
 
 

Likopin

Bahan kimia ini terdapat dalam buah-buahan merah dan sayuran juga mempunyai unsur antioksidan. Beberapa kajian mencadangkan likopin membantu melawan penyakit seperti sakit jantung dan jenis-jenis kanser yang berbeza. Tomato merupakan sumber likopin selain produk berasaskan tomato seperti sos, pes, dan puri tomato yang mengandungi 75mg per cawan. Tembikai mengandungi 12 mg likopin bagi setiap potongan.


Liasin

Liasin merupakan sejenis asid amino yang membantu tubuh untuk menyerap kalsium dan membentuk kolagen untuk tulang dan tisu penghubung. Ia juga berperanan dalam penghasilan karnitin iaitu sejenis nutrien yang membantu mengawal paras kolesterol. Selain kekacang, kekacang legum, dan soya, makanan berasaskan haiwan yang kaya protein seperti daging merah juga merupakan sumber yang baik bagi liasin.


Magnesium

Tubuh menggunakan magnesium dalam lebih daripada 300 tindakbalas biokimia termasuk mengawal otot dan fungsi saraf, mengawal rentak jantung, dan mengekalkan kekuatan tulang. Bran gandum merupakan sumber magnesium terbesar dalam setiap hidangan dengan 89mg per suku cawan, tetapi anda harus memakan bijian yang tidak diproses bagi mendapatkan khasiatnya. Apabila diproses, magnesium juga akan hilang. Sumber lain magnesium juga didapati dalam kacang almond, gajus, serta bayam.


Niasin

Niasin adalah satu lagi unsur yang menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu sistem penghadaman, kulit, dan saraf untuk berfungsi dengan baik. Yis atau ragi yang dikeringkan adalah sumber dengan tinggi niasin. Selain itu niasin juga terdapat dalam mentega kacang, secawan kacang, dan daging.


Asid lemak Omega-3

Asid lemak omega-3 ada kebaikannya dalam jumlah yang sederhana. Ia menyumbang kepada kesihatan otak dan mengurangkan keradangan. Terdapat 2 jenis asid lemak omega-3 iaitu Alpha-linolenic acid (ALA) yang terdapat dalam tumbuhan seperti minyak sayuran, sayuran hijau, kekacang, dan bijian. Eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA) terdapat dalam minyak ikan. Secawan salad tuna mempunyai 8.5 gram asid lemak poli tak tepu.


Potasium

Potasium merupakan elektrolit penting yang mengawal aktiviti elektrik pada jantung. Ia juga penting bagi membina protein dan otot dan menukar karbohidrat kepada tenaga. Kentang manis yang dibakar bersaiz sederhana mempunyai 700 mg potasium. Pes tomato, bit, daging, ayam dan ikan merupakan antara sumber penting bagi potasium.


Riboflavin

Sejenis antioksidan yang membantu tubuh melawan penyakit, menjana tenaga dan menghasilkan sel-sel darah merah. Bijirin diperkaya dengan membekalkan vitamin yang banyak dalam satu pakej.


Selenium

Selenium ialah mineral dengan unsur antioksidan. Tubuh hanya memerlukannya dalam jumlah yang kecil, tetapi ia memainkan peranan penting dalam tubuh sebagai penghalang penyakit kronik selain mengawal fungsi tiroid dan sistem imun. hanya 6-8 biji kacang Brazil membekalkan 544 mcg selenium. Dalam jumlah yang besar, selenium boleh menjadi berbahaya kepada tubuh.


Tiamin

Ia juga dikenali sebagai vitamin B1, yang membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada tenaga. Merupakan nutrien penting kepada otak dan sistem saraf untuk membolehkannya berfungsi dengan baik. Seperti juga riboflavin, tiamin juga boleh didapati dalam yis kering.


Zink

Zink memainkan peranan penting kepada sistem imun, deria rasa dan bau. Tiram merupakan sumber zink baik berbanding sumber lain tetapi ramai mengambilnya menerusi daging dan sup. Ketam Alaska juga merupakan sumber yang baik bagi zink.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: