MY FOLLOWERS

Friday, July 5, 2013

Berita - Aktifkan Helikopter Mini Guna Gelombang Otak? Macam Iron Man 3...

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.......


Pemenang bagi Anugerah Weston Youth Innovation, Adam Noble.

Helikopter mini ini kelihatan seperti permainan tetapi sebenarnya ia adalah sebuah robot berteknologi tinggi yang dikawal menggunakan fikiran manusia.

Helikopter ini dibangunkan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Minnesota, mempunyai 4 bilah kipas juga digelar kuadkopter, boleh dikawal dengan tepat dan cepat bagi satu jangka masa menggunakan denyut elektrik yang berhubung dengan fikiran manusia. Kumpulan pengkaji menggunakan teknik yang dikenali sebagai electroencephalography (EEG) bagi merekodkan aktiviti elektrik otak 5 orang subjek. Setiap subjek memakai dipakaikan dengan topi dengan 64 elektrod yang akan menghantar isyarat ke kuadkopter menerusi jaringan WiFi. Subjek diletakkan di depan skrin memaparkan imej penerbangan kuadkopter menerusi kamera yang memnolehkan mereka melihat laluan penerbangan.

"Kajian mendapati manusia boleh mengawal penerbangan robot terbang menggunakan fikiran, dikesan daripada gelombang otak yang tidak menyerang," kata Bin He, ketua saintis kajian ini dan profesor University of Minnesota's College of Science and Engineering. Dia dan para pengkajinya merancang menggunakan kajian ini bagi melanjutkan pemahaman mereka tentang bagaimana brain-computer interface (BCI) boleh membantu, menambah atau membaiki fungsi kognitif atau deria bagi mereka-mereka yang menderita akibat lumpuh atau ketidakupayaan lain.

"Matlamat kami seterusnya ialah mengawal lengan robotik menggunakan isyarat gelombang otak ini," katanya.

Selain Universiti Minnesota, para saintis di University of Essex juga telah bekerjasama dengan pengkaji di NASA bagi mencipta BCI yang boleh digunakan dalam simulator kapal angkasa dengan harapan suatu hari nanti teknologi antaramuka ini akan dapat membantu angkasawan yang keletihan semasa perjalanan ke angkasa. Tahun lalu, pengkaji di Zhejiang University di China berjaya mengawal dron menggunakan set kepala EEG komersil sekaligus menjadi batu loncatan bagi penggunaan teknologi gelombang otak ini yang lebih maju di masa akan datang.

KLIK SINI untuk selanjutnya.

No comments: