Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Hampir 90% penduduk dunia hari ini menggunakan tangan kanan. Ini menjadikan kehidupan bagi selebihnya iaitu pengguna tangan kiri atau kidal sedikit rumit. Setiap hari, mereka-mereka yang kidal berdepan cabaran yang tidak dilalui oleh pengguna tangan kanan. Contohnya menggunakan gunting atau bermain gitar.
Kenapa bilangan orang kidal sedikit? Salah satu teori menyatakan ia adalah disebabkan oleh genetik. Saintis menyatakan terdapat dua genetik berkaitan yang menentukannya iaitu gen D yang menentukan seseorang itu pengguna kanan manakala gen C yang menentukan sama ada seseorang itu kidal atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, gen D amat biasa dalam satu-satu populasi. Namun bila Gen C terlibat, terdapat peluang 50-50 seseorang itu menjadi pengguna kanan atau kidal.
Satu lagi teori ada kaitan dengan otak. Otak terdiri daripada sebelah kanan dan kiri. Sekiranya sebelah kiri lebih dominan, kemungkinan besar seseorang itu menjadi pengguna tangan kanan. Sekiranya kidal, ia lebih kompleks. 70% di kalangan kidal juga mempunyai otak sebelah kiri yang dominan, manakala 30% lagi mempunyai otak sebelah kanan yang dominan atau terbahagi sama rata antara kedua-dua belah.
Walaubagaimanapun, jika anda dilahirkan dengan keutamaan ke arah kidal, anda masih boleh dilatih untuk menjadi pengguna sebelah kanan. Kenapa begitu? Sebabnya ada yang berpendapat jika menjadi kidal, anak-anak mungkin sukar untuk belajar menulis huruf atau seumpamanya.
Sekitar abad ke-18 dan 19, mereka yang kidal dianggap seperti 'cacat' dan untuk mengelakkan keadaan itu, anak-anak dilatih untuk menggunakan tangan kanan. Pada hari ini pun, jika anda rujuk ke laman Thesaurus.com, ia turut menyatakan kidal itu pelik atau jahat. Namun bukan semua mitos itu menceritakan yang negatif kerana ada satu mitos mencadangkan mereka-mereka yang kidal itu lebih kreatif dan lebih bijak berbanding mereka-mereka yang menggunakan tangan kanan. Sehingga kini, kajian sains masih belum menemui apa-apa kebenaran berkenaan perkara ini. Pada satu kaji selidik yang dijalankan pada 2013 di New Zealand mendapati dari aspek personaliti, tidak kiralah sama ada seseorang itu kidal atau tidak, semuanya sama. Berbezanya kehidupan si kidal sedikit sukar terutama apabila mengguanakan barang-barang yang banyaknya dibuat untuk pengguna tangan kanan.

Setiap tahun pada 13hb Ogos 1992, sambutan diadakan sebagai sokongan kepada yang kidal bagi meningkatkan kesedaran akan kesukaran yang dihadapi oleh orang kidal dalam kehidupan seharian.
KLIK SINI untuk selanjutnya.
p/s: Penulis pun kidal juga :-)
No comments:
Post a Comment