MY FOLLOWERS

Monday, July 29, 2013

Berita - Karnival Semarak Jawi KKKT 17-24.7.2013

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....








Pada 17.7.2013 baru-baru ini, Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah mengadakan Karnival Semarak Jawi. Majlis perasmian pembukaannya telah diadakan pada petang 17.7.2013 bertempat di Dewan Besar KKKT dan dihadiri oleh pensyarah, staf dan para pelajar kolej ini. Karnival ini diadakan bagi membuka minda semua yang terlibat akan peri pentingnya mengenali dan tahu membaca serta menulis tulisan jawi sebagaimana yang diamalkan generasi terdahulu yang menggunakannya bukan setakat ketika mengaji al-Quran malah juga dalam pengajaran dan bahan-bahan bacaan Bahasa Melayu seperti buku-buku dan akhbar.

Karnival ini diadakan dari 17-24.7.2013. Antara aktiviti yang diadakan bagi menyemarakkan lagi karnival ini ialah pertandingan menulis khat jawi, pertandingan mewarna khat jawi, pertandingan membaca ayat kursi, pertandingan membaca dan menulis dari jawi ke rumi, pertandingan teka silangkata jawi serta pameran khat jawi yang diadakan di Pusat Sumber KKKT. Hadiah menarik disediakan kepada para pemenang. Hadiah disampaikan pada hari terakhir karnival ini iaitu ketika majlis perasmian penutup karnival ini. 

Sesudah selesai, hari terakhir ini diteruskan dengan diadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih. Kurma dan bekalan air mineral disediakan kepada hadirin bagi berbuka puasa sebelum diteruskan solat maghrib di Dewan Besar KKKT. Selesai solat, para hadirin dijemput untuk majlis makan yang diadakan di perkarangan kolej. Antara hidangan disediakan ialah nasi berlauk, kuih-muih, cendol dan air batu campur. Majlis pada malam ini diakhiri dengan solat tarawih di Dewan Besar KKKT.

No comments: