MY FOLLOWERS

Wednesday, July 10, 2013

Sekadar Luahan - Emosi. Kebenaran. Diam. Buat Bodoh. Orang Lain?

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
 


Assalamualaikum.....



Lain yang diharap, lain yang dapat. Kalau bahagian 'lain yang dapat' itu lebih baik daripada apa yang diharapkan, semua orang akan suka. Itulah persoalan yang diutarakan oleh DjHusna di Facebook baru-baru ini. Saya akui suka membaca isu yang diketengahkan. Mungkin kerana kerjanya pun sebagai DJ, maka tajuk-tajuk yang ditulis juga lebih bersifat matang dan intelektual.

Semua orang pun pernah alami, begitu juga saya. Cuma kebiasaannya, yang diharapkan itu yang baik-baik tetapi yang jadinya atau dapatnya kurang daripada itu.

Ini semua cerita berkaitan kawan-kawan sekursus. Sebelum ini belum pernah pun diletakkan foto-foto kawan sekelas dalam keadaan yang disifatkannya 'lawak', yang ada pun yang biasa-biasa sahaja. Seperti foto sambutan harijadi atau seumpamanya. Namun baru-baru ini apabila buka sahaja Facebook, ada pula beberapa foto dimuatnaik dalam album yang sungguh...huhh!! penuh dengan kesakitan, kehampehan dan 'lawak'nya. Nampak seperti kononnya satu hiburan tetapi daripada kapsyen foto dan komen-komen yang dibaca yang diposkan sebelum saya melihatnya, kelihatan ia seperti tidak begitu memuaskan hati sesetengah pihak. Mungkin bagi sesetengah orang, itu adalah lawak atau sekadar bergurau, namun ada yang berperasaan ia adalah menyakitkan hati atau sebaliknya. Contohnya meletakkan foto muka si polan dan tulis kapsyen 'wanted! pencuri spender di mall sekian sekian'..Yang tukang letak sampailah kepada yang LIKE habis semua dapat dosa. Berterusan selagi foto itu masih di situ. 




Bukan kali ini sahaja, bila diingat semula, sebenarnya sudah banyak kali ia berlaku. Adakalanya buruk benor! Macam menjatuhkan air muka orang lain pun ada juga. Yang jadi mangsa, masakan tidak marah atau sakit hati. Yang masih mampu bertahan dan bersabar dengan perangai budak-budak yang tidak matang ini pula, buat apa? Bersabar. Diam. Buat bodoh.

Bagi saya, yang mampu tingkatkan rasa sabar ini bila teringatkan apa yang dikatakan dalam satu hadis (kalau tak silap) bahawa orang yang jadi mangsa itu akan dapat pahala si 'pembuat dajal' itu. Betul juga. Sedangkan Nabi kita sendiri pun ketika mula-mula berdakwah dahulu pun sampai dilemparkan dengan batu adakalanya lagi teruk, najis, pun dia tidak membalasnya. Sehinggakan Malaikat Jibrail bertanyakan sama ada mahukah supaya si pelakunya itu dihukum dengan dihempaskan batu gunung ke atasnya kerana dia (Jibrail) boleh melakukannya ketika itu. Apa kata Nabi? Dia melarangnya, sebaliknya dimaafkan sahaja kerana mereka masih belum mengerti apa-apa.

Kalau kita sendiri pun dalam hal sekecil ini, baik biarkan sahaja. Yang penting, bukan saya yang dapat dosa kan??

Makin kurang pahala si pedajal itu ye :-)

Dari sudut lain, lawakkah itu? Kita mungkin boleh diam dan anggapnya satu mainan budak-budak. Bagaimana dengan yang lain? Adakah hal ini berkaitan seorang dua sahaja? Sebenarnya tidak, tetapi ia melibatkan semua orang dalam lingkungan masyarakat berkenaan.

Pembaca sekalian, otak sudah diberi. Fikirlah betul-betul.


No comments: